Friday, July 31, 2015

K-POP HALLYU

KISAH SERAM: LEMBAGA dan Kpop



Assalamualaikum wbt.

Pepatah yang kita selalu dengar “ bila takde baru terasa, masa ada tak hargai”

Begitu juga dengan rasa cinta dan sayang dengen elemen-elemen ISLAM.
Kita hidup di Malaysia sangat senang, aman damai. Masjid surau merata-rata, kita boleh dengar azan 5kali sehari. Nak makan boleh makan di rumah. Kalau malas, beli di luar. That was my simple life before….

Sampai di Korea awal tahun 2011, I was so excited sampai lupa bawa sejadah dan quran. Dan oleh sebab 2 benda ini, saya sentiasa bawa quran ke mana-mana sahaja saya pergi. Kerana apa? Kerana saya dah tahu peritnya jiwa saya tanpa quran pada masa itu.

Hidup di Korea, masyallah sangat-sangat mencabar.
Nak makan sangat susah. Then saya start rindu makanan Malaysia.
Nak solat especially kat luar, sangat susah. Then saya start rindukan surau masjid di Malaysia.
Makin lama, almost 1year.. Saya tahu saya rasa something yang hilang di mana saya baru sedar (masa ada saya tak pernah hargai langsung).


Saya tak pernah bersyukur dengan nikmat ISLAM di Malaysia.
Saya tak pernah merasa izzah dengan ISLAM yang saya pegang di Negara saya sendiri.


Bila benda dah takde, I tend to find it back.
While searching and rescue (SAR) operation ini berlaku,
Dengan tak sangka-sangka saya terjumpa dengan satu lembaga
Satu lembaga hitam yang telah merubah hidup saya.
Satu lembaga yang menjadikan hidup saya bermakna sampai sekarang.




Lembaga hitam kuning
menghantui diriku


...................................................................................................................................................................


Perbualan saya dengan seorang sahabat saya;

Lokasi seingat saya lepas kami makan sambil jalan-jalan balik ke hostel,

Agak-agak lepas kita bfg(back for good) nanti, apa benda yang paling akan kita rindu ye.?

Sahabat saya jawab

“ saya akan palingg rinduu tuuu atas tu.”

Apakahh.?

“Saya paling akan rindu langit Korea.” Dan kami berkongsi benda yang sama.

Langit yang telah merubah seluruh kehidupan kami.

Langit yang menyaksikan segala perubahan kami.

Amboi macam novel 99 cahaya di langit Eropah.



Saya datang ke Korea Selatan, awal tahun 2011. Pada asalnya, niat saya memang mahu merasa kehidupan belajar oversea la orang cakap. Nak ke Eropah result cukup-cukup sahaja. Nak ke Timur tengah, bidang pengajian tidak menarik minat. Takut jarum la katakan..

Time 2011, wabak dan virus Korea atau dikenali sebagai Kpop ini tak sepanas sekarang. Saya tak malu nak cakap yang saya juga merupakan bekas kepada penyakit Kpop ini. Semasa persediaan ke Korea di satu Universiti Malaysia ini, saya terkejut dan secara tak langsung tak terlepas daripada wabak ini.

Macam mana saya tahu saya Kpop?
Bila mana saya menjadi ralit dengan drama nya,  wallpaper laptop hp gambar Korea. Konon bakal student Korea la katakan. Kata nak gi Korea, mestilah Kpop! Itulah pemikiran saya semasa berumur 18tahun pada tahun itu..

Semakin dekat dengan tarikh nak fly, semakin debar-debar hati ni. Nak jumpa artis, nak jumpa pelakon yang cantik-cantik, handsome semua. Excited sungguh. Kehidupan Korea yang sangat-sangat indah, rumah cantik, bersih dan sebagainya.

Maka sampailah jasad ini di Korea Selatan, kehidupan yang ku sangka-sangka rupanya hanyalah mimpi di siang hari. Kehidupan kpop yang ku lihat di kaca skrin, tiada di alam reality rupanya.
Tak dapat nak enjoy lama dengan kpop sebab kejadian berjumpa dengan suatu lembaga……


...................................................................................................................................................................


4TAHUN KEMUDIAN,



Saya suka untuk memberi nama lain kepada Negara korea ini, iaitu Bumi Tarbiyyah. Satu bumi yang membuatkan puluhan jiwa kosong remaja Kpop kembali kepada jiwa yang penuh dengan memperingati Allah.

Tanya lah kepada majoriti pelajar di Korea, they will say No to Kpop.
Sebab apa?
Sebab kami tak perlukan Kpop untuk mengisi kekosongan jiwa kami.

Alhamdulillah, sepanjang hampir 4 tahun saya berada di sini, saya makin hari makin sayang akan bumi ini yang mengajar saya seribu satu erti makna hidup.


Di Korea, memang menjadi satu budaya di mana mereka menjadikan hiburan sebagai alat untuk melepaskan tension. Lihatlah di tepi-tepi jalan, terlalu banyak premis-premis hiburan, karaoke room dan sebagainya.
Di Korea juga, saya tak perlu nak buka TV untuk tengok drama Korea, kerana di sekeliling saya sendiri ialah drama mereka sendiri. Berpelukan, bercumbuan, malahan bergaduh sekalipun semuanya dipertontonkan di khalayak ramai.

Suka untuk saya cakapkan di sini bahawa saya sudah terlalu lali dengan perbuatan couples yang seakan-akan sama seperti dalam kes yang melibatkan adik-adik berhijab dengan kumpulan Kpop tersebut.

TETAPI, yang janggalnya di sini ialah, adegan itu dilakukan antara lelaki Korea dengan adik kita yang berhijab cantik dan sudah semestinya ISLAM. Sangat janggal dan sangat sedih..

Saya boleh bayangkan adik mungkin baru berumur belasan tahun, kerana saya juga pernah mengalami penyakit kpop ini di usia tersebut.

Untuk adik-adik yang akak kasihi kerana Allah,
Ketahuilah harga sehelai hijab bukan harga biasa-biasa,
Harga sehelai hijab semahal harga maruah diri seorang Muslimah.
Hijab diwajibkan ke atas seorang wanita untuk melindungi, dan menyelamatkan.

Di sini (Korea), wanita yang memakai hijab dipandang serong kadang ditarik dicemuh dan sebagainya. Tetapi kerana hijab ini lah, kami di lindung daripada lelaki. Kerana hijab inilah, insan bernama lelaki menghormati kami. Dan kerana sehelai hijab inilah, terletaknya harga dan maruah Islam di atas bahu kami.

Adik-adik yang dikasihi,

Tinggal lah keseronokan Kpop,
Carilah sesuatu yang boleh mengisi jiwa adik-adik.

If you really don’t know how,
Don’t hesitant to contact me
I can, and I want to share, everything with you adik-adik.
Because,

I love you
We love you
Ummah love you.
And please remember,
Allah always there for you



Kerana lembaga hitam bercampur kuning itulah, saya mengecapi 10001 cahaya di langit Kpop ini.


Waallahu allam.





Nota kaki: SIAPAKAH LEMBAGA ITU?!




...................................................................................................................................................................



Sebenarnya post ini dah lama diperam. Orang cakap kalau benda peram-peram ini hasilnya sedap.

Harapnya begitulah juga dengan post ini.


Ok, sebab terlalu banyak yang menyokong kebatilan, bila mana satu NGO di Malaysia meng'HARAM'kan satu konsert Kpop. Maka kpoppers pun bangkit dari keyboard warrior masing-masing dan memberikan komen, pendapat masing-masing terhadap NGO tersebut.


Adik-adik/kakak-kakak,

Saya bukanlah nak bagitahu yang saya ni perfect, syumul sangat.

Saya ni tak reti nak bagi perbezaan fansmeeting la, konsert la, konsert mini dan seangkatan dengannya.

Tapi bila baca point kamu, membuatkan jiwa ini sangat sedih. Sangat-sangat.

Dulu, adegan Kpop yang peluk-peluk ialah fansmeeting yer.

Ok, jadi kalau konsert confirm takkan ada peluk-memeluk yer.
Ini point kamu yer.



------->  Meh akak nak cerita, point akak pulak...

Once upon in a time,

Yoeido Spring Festival 2015, saya dan kawan serta beberapa adik (junior), berada di Yoeido Festival, time peak Cherry Blossom di Seoul.

Orang sangat ramai takleh nak cakap, jangan ingat orang Malaysia je yang jakun, orang Korea pun boleh tahan la jugak :p

Okay, lepas jalan keliling pusing satu Yoeido tu, kitorang park kat tepi jalan, duduk dan makan sambil bercerita. Tiba-tiba..............


Segerombolan manusia daripada arah belakang kitorang berlari-lari dan semua muka excited cam hape.. kitorang macam apa ni.. apa niii....

Dari kosong tempat kitorang duduk sampai penuh jalan sesak sangat-sangat.


Rupe-rupanya, kat depan kitorang ini ialah stage Konsert.

Artis nya ialah artis popular Korea. I can't name it..

Tup tup, tak sampai 5 minit, jalan sesak takde ruang langsung.

Camne nak keluar.???


Terpaksa la tolak sana sini, pegang sana sini, mula-mula kitorang sama-sama pegang tangan masing-masing, tapi sebab ramai sangat, terpisah.

Allahu akbar, this time really made me arghhhhh.

Tak tahan orang terlalu ramai, terlompat sana-sini, melalak sana sini,

Sikit lagi nak pitam... T___T

Can you imagine without having no space at all, campur laki perempuan.
Tang mana nak jaga kedudukan.?
Tang mana nak jaga penglihatan?
Tang mana nak jaga pendengaran?

That was reaally a horror time ever.


Yang saya ingat, saya tolak dengan sekuat hati sesiapa yang ada di depan saje.

Lepas tu baru teringat, kes kematian beberapa orang di Konsert di Korea.


Ya Allah, i cant ever imagine if i was really "pitam' kat situ, confirm2 kena pijak dan tak kan ada orang perasan... T_____T


Sebenarnya, kami di ISMA bukan tolak hanya Kpop, malah semua bentuk hiburan yang bercanggah dengan Islam kami bantah..


Banyak lagi nak tulis,
tu baru satu pengalaman.
Nanti saya share lagi yer.


Salam.











7 comments:

  1. Macam kenal ja lembaga kuning hitam...
    sis... cerita la pasal solat kt korea.. betul ke korg solat dalam fitting room,, heeee

    ReplyDelete
  2. Kenapa tk cerita apa lembaga hitam kuning tu.... :(

    ReplyDelete
  3. paling best dpt re-unite ngan korang utk raya pertama di Korea. Thanks for encouraging hati kak za yg jahil time tu (^_^)
    satu je bagus dpt solat kat fitting room in korea, bilik situ besar and diorg bukak kasut. and confirm takde org kacau :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. masyaallah.. best jugk jumpa kak za n bwk ktrg jln2!! best sgt2 huhu

      Delete
  4. Sis can you help me? Saya nak berhenti daripada minat kpop ni tapii makin lama makin teruk. Saya try nak berhenti tapi dorang macam bagi saya semangat tahlah nak. How can I contact you?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh contact emel? wanmuni@naver.com

      or my fb wan munirah

      insyallah jom kita sama2 tolong =))

      Delete