Monday, June 29, 2015

Ramadhan Survivor 2015

Assalamualaikum wbt




Salam Ramadhan Al Mubarak



"How to survive Ramadhan in Overseas"




Wah. Tajuk kemain kan. 
Saje nak share since super senior dah di Korea ni. Semoga segala tips bermanfaat la untuk adik di bawah.... 

Ok sebab supersenior sila la baca ye ;D

Secara jujurnya, saya masa awal-awal dulu puasa di Korea sedih jugak la ceritanya. 
Faham je sebab kelas bahasa dari 8 pagi sampai 5 petang and then balik kelas kena fikir nak masak apa lagi sape kena masak dan sebagainya. 

Masak pun tak reti sangat jadi haru jugak la hidupnya. 


Sampai satu ketika!!

Ada solutionnya, 
makan free, sedap, Halal, dan tak perlu masak! 

Jujurnya tempat fav akak dulu ialah kat masjid Itewon. Pernah lepas habis kelas terus pecut g Itewon huhu

And pernah jugak pegi Masjid sorang sebab kempunan nak makan berjemaah dengan warga lain. Wah berani kot.. Oke, adik jangan tiru yer seriusssss bahayaaaaaaaaa

Jadi nya, apa yg paling paling penting untuk awak yang puasa di musim panas ialah;


1. Jangan skip sahur!

Seriusly ni part paling emo. Sebab apa? Sebab kalau saya skip sahur saya emo huhu 
Makan la walau sebijik Yusuf Tayyob pun, insyaallah 

"Pada sahur itu ada keberkatan"

Yes it trully prove...

Dulu-dulu, saya bukan main tak suka kurma (ni betul), konon nak diet la, kurma tak sedap la. Biasa la kat kampung semua benda ada depan mata tak pandang kurma menguis nguis kat tepi tuu huhu

But then, now kurma benda wajib time sahur dan berbuka.

                           
                                      Ni sahur over sebab nak upload :D



2. Plan awal-awal schedule Ramadhan


Sebabkan kita ni kat Korea sahur awal sebab Subuh around pukul 3.15 pagi, makanya please make sure you are in a right track. You know who is yourself well.

Disebabkan tarawikh habis dalam pukul 11malam, jadinya masa untuk tidur jadi "dilemma wanita" kan

Kalau jenis tidur macam hakak ni, tidur la and then bangun jam 2.30 pagi. 

Kalau jenis yang takleh tidur sekejap-sekejap, tunggu la sahur.

Agar tidak emo seharian tak sahur :)


Haaaaaaa.. Yang ni part paling suka.

Sebab Ramadhan ni bulan special 특별, makanya prepare la list Ramadhan kita sendiri. 

Kita tambahkan sikit dari apa yang kita buat masa bulan biasa... 

Sama cam list yg akak bagi kat adik-adik tu ha cam tu la... 

At least kita tahu kita nak apa dalam bulan Ramadhan ni.. huhu

macam akak, akak nak .....

awak nak apa? 



3. Tinggalkan kegembiraan duniawi 

Yang ni pun susah sikit. 

Dunia memang perhiasan yang indah kan.

kita pun selalu dengar yang bulan Ramadhan takde syaitan, kita yang menentukan baik atau buruk diri kita. 

Try slow-slow tinggalkan benda lagha yang kita buat. 

Tak perlu la sekaligus then sambung balik time Raya. tak istiqomah tuu namanya

kita start for a little steps insyaallah 



4. Jimat Cermat Amalan Mulia

Okay ini serius terbukti tanpa memerlukan sebarang testimoni. Cukup dari blog ni je cehhh

Disebabkan hakak ni penggemar tegar kopi, makanya duit akak berterbangan pada coffe and coffeeshop huhu 
Tapi bila puasa hakak tak minum kopi, makanya duit selamat alhamdulillah

Lepas berbuka pun keinginan untuk minum kopi takde, jadinya dapat save banyak duit dalam masa sebulan..

Same goes to sape2 yang gemar makan(?), minum tea(?) gemar shopping sekalipun,. Automatically kita takde rasa nak buat benda tersebut sebab kita dalam jagaan nafsu sendiri.... say alhamdulillah! 


Juga kan kita halal and free iftar di Masjid jadi gunakanlah peluang ni alang-alang dah berpuasa di Korea ni.
Ambil sebanyak mungkin pengalaman. 

                                
                                                Iftar di Masjid Itewon 2015



Dannnnnnnn 

Paling penting kann,


kita takde

Bazar Ramadhan! 😃😃😃😂

(ye, kita pernah ada masa di embassy dulu)
ingat Puding Jagung Sonata? Ingat Riang Ria Keria? haa tu kedai kawan2 akak :) 

Bazar Ramadhan kita is so cute to compare with in Malaysia kan.


Tu pun kita dah terbeliak mata membeli belah time tu kan... i can see your eyes jangan tipu lh...nasib baik takde setiap minggu or setiap hari huhu 

Maka sebenanrnya kita memang dapat jimat  banyak duit elaun jika  kita spend Ramadhan di Korea heheh 



5. Please avoid sleeping ALL day? 

Oke next is how to avoid sleeping ALL day?? 

Ni untuk adik adik yang dah habis bahasa la.
korang yang belajar bahasa takde masa pun nak tidor hihi


Bagi akak, 
Travel is the KEY!! 

Travel masa Ramadhan paling super duper jimat and Yes penat je.

Kan kita dah save up a LOT kat atas tu, masa ni gunakan duit lebih untuk berjalan-jalan pusing Korea.

I have done travel around Korea with my travelmate 2 years back during Ramadhan. 

Sebab bagi akak sendiri, kita travel time tak puasa duit makan sangat banyak habis.
Time puasa penat tapi at the same time dapat jimat :)) 

Okay, kalau taknak travel.
Keluar dari comfort zone.

Jangan dok kat bilik je, ce pergi bilik sebelah ke. Bilik kawan ke.. 

Recite Quran together, 
baca something beneficial together 

Manfaatkan Ramadhan di usia mudamu!! 


Moga bermanfaat!!

Sunday, June 21, 2015

MOM'S NOT LIVING HERE!

Assalamualaikum wbt.


Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk menghabiskan puasa di hari keempat.

A bit busy days after exam.

Ingatkan boleh relaks update blog sokmo, tapi nak bukak laptop pun x sempat.


So, sementara tunggu untuk sahur, idea mencurah-curah ke ladang gandum (erm koko krunch sedapnya)


Hari ni (Ahad) consider as hari ni la even dah masuk Isnin hehe

Disebabkan saya tinggal di asrama yang disediakan universiti, rules asrama ni ialah
setiap semester break kena check-out (For those yang balik kampung, or for those yang stay di Korea).





Ini lah rupa dormitory saya di SKKU.
Thanks to my scholar for sponsorship :D



Al kisahnya, saya akan stay di sini for the whole semester insyallah.

Maka hari ini ialah hari check-out for bilik lama and then check-in for bilik baru.

Makanya sesi memunggah barang, mengangkut kotak-kotak berlakulah.

Drama dipijak kotak 20kg, drama kuku berdarah, tangan berdarah dan sebagainya.

OK, apa yang saya nak share di sini ialah,


"K-drama" yang berlaku di depan mata saya hehe

Melihat kesungguhan mak ayah warga tempatan (read: korean la siapa lagi), datang awal lagi kemas barang-barang, angkut punggah barang anak kesayangan mereka membuatkan diri terdetik sekejap dalam hati


"pengorbanan mak ayah"

Tipu lah tak de perasaan cemburu tengok both parents datang asrama kemas bilik, tolong pindah dan sebagainya. Cemburu je bila mana tengok their family semua datang tolong kemaskan.
Cemburu sangat-sangat.

Sedang kami, foreign student sini we do things all by ourselves from zero to....HERO? (hehe)

Ada yang patah pinggang(over sikit), maksudnya sakit pinggang, tangan berdarah tak sedar dan sebagainya.

Betul lah, kasih ibu kasih bapa membawa ke syurga.
Pengorbanan mereka terhadap kita terrrrlau dan terrrlalu banyak, in which kita takkan dapat balas pun.. Allahu


Tapi bila mana melihat "pengorbanan" mereka yang bersungguh dan berpenat lelah usung kotak naik ke tingkat 10, dan at the same time anaknya kat tepi main game dan takde sekelumit perasaan pun nak tolong mak dia membuatkan saya naik angin jugak sekejap.


Dan saya baru dapat info dari sahabat saya,
fakta yang bukan calang-calang orang tinggal di dormitory ini sebenarnya huhu
Selain pointer kena tinggi, dormitory ini ialah antara yang paling mahal di antara yang lain (ok terkezuttt)


Teringat pengalaman yang diceritakan kawan sendiri,

camne sorang mak sanggup buat apa sahaja untuk anak kan.
datang asrama mop lantai, kemas katil. anak nya tak yah buat apa-apa atas alasan anak dah penat belajar. kemas mengemas mop mengemop kerja mak...

Subhanallah, kasih ibu..


Maka jadilah begitu rupanya.
Pengalaman saya sendiri satu bilik dengan warga tempatan juga bukanlah memori indah tapi satu ibrah besar buat diri ini. (ok xnak ingat)


Yea, we foreign students fortunately/unfortunately have to be double triple independant more than them.

Weols simpan barang-barang sendiri, kemasa sendiri, cuci tandas sendiri, buang sampah sendiri.
Beli kotak sendiri, angkut kotak sendiri, usung sendiri. (imagine harta pusaka pelajar Malaysia banyak mana pulok ;p)






panorama dari bilik sebelum check-in


dear junior, sori akak pinjam gambar awk jap :p




Because we know, in reality

our mom's not here.

Mom's not living here.


Living with them (read: korean) made me realise just because you're really good in study, other things are your mom's job.

Datang asrama lenggang tak buat apa, mak penat-penat punggah barang kat belakang.

Just because you're excellent in study.


Saya tak tahu cara didikan mereka macam mana wallahu allam.


Tapi, cara didik ayah saya bukan macam tu.


Biasa lah, memori dengan ayah ni kurang banyak berbanding ibu kan.

Ayah,

yang saya ingat peranan dia,

bagi duit poket setiap hari ke sekolah,

hantar ke sekolah pagi-pagi,

ambil dari sekolah setiap petang,

hadir mesyuarat PIBG,

dan

apa lagi ek?


huhu


Tapi, yang paling saya ingat sampai saat ini ialah macam mana ayah didik saya dan adik-beradik yang lain dengan ketegasan.

Kitorang sampai sekarang takutkan dia. Nak buat sesuatu keputusan "fun-fun", dah dapat permission mak tiba-tiba takdapat permission ayah, so cancel... even sampai sekarang..

Secara peribadinya, saya terkesan dengan cara dia didik saya.
Sebab saya anak sulung perempuan, atas semua abang-abang, jadinya dia sangat risaukan (i can know from his face) macam mana saya akan grow up menjadi perempuan Muslimah..

Saya ingat lagi masa form 2, tengah dok galok ore kelate panggil. Yang tahu time tu g sekolah buat homework dan tidur... Tetiba ayah suruh saya masak nasi spontan. Memang la idok ku reti kan.


Pastu ayah soalkan sampai bila nak reti kalau tak belajar.

Dia pun suruh ku ke dapur dan dia ajar ku masak nasi.

Letak beras banyak mana, air banyak mana. Berapa kali kena bilas.. sampai sekarang masih ingat lagi memori tu...

Dan lagi, macammana dia tegur ku supaya start belajar pakai kain batik.
Perempuan kurang manis pakai seluar 24 jam,
mungkin sebab tu kot suka sangat pakai skirt sekarang ke mana sahaja dan di mana sahaja apa sahaja musim :)



Saya masih ingat masa kecik-kecik, kebersihan sangat-sangat dititik beratkan.

Masih terngiang-ngiang, walau saya tengah belajar sekalipun, itu bukan alasan untuk ayah tidak mengarahkan saya mengemas rumah.


Sampai saya form 5 rasanya,

tengah syiok belajar tak ingat nak kemas ruang tamu dan sapu ruang tamu,
tetiba ayah buat drama sambil buat-buat ada banyak sangat debu (padahal tak banyak pun kot),

ayah : ni bila last sapu sini ni debu ni..


dan saya pun menonong pergi ambik penyapu dan sapu..

Walaupun masa tu rasa macam " eh eh orang tengah belajar la, nak kena sapu pulak"

To make sure tak kena tegur lagi, sebelum dia balik kerja pukul 5 petang, saya akan sapu dan make sure takde debu atau sampah...

Sebab didikan inilah, saya membesar menjadi seorang yang pentingkan kebersihan.

Walau secemerlang mana pun kamu dalam pelajaran, tapi bila kamu tidak menghiraukan kebersihan terutamanya part hygiene sendiri, there is something lack....


Dan ia jadi satu habit di mana bila saya stress, perkara yang saya akan buat ialah sental toilet...huhuh

Lepas tu, dah tak stress!

it works, believe me!!


Dan saya yakin saya hari ini ialah hasil didikan mak ayah saya sendiri.

How they teached me, the effect I can see it today.

huhu

Being an oversea student, without them anymore here.

Mom is not here.

WE HAVE TO BE A MOM!

Takkan la nak harapkan orang lain kemaskan "sampah sarap" kita atas alasan kat rumah mak tak pernah suruh.

We have 24hours same and equally,

If you just claim you are busy handling others things, which is (tak penting sangat pun),
but then bila part bersih harta pusaka sendiri liat, i am not understand with those people. Really.
Serious talk..

Just remember one things,

And keep in mind (for me especially),

Your mom is not living here.




Tuesday, June 16, 2015

Month of Barakah


Assalamualaikum wbt.



Alhamdulillah, masih diberi peluang bernafas dan harini genap 30 Syaaban 1436Hijriah.

So,,,,,


Everyone is so exciting about Ramadhan...

Me.?


Alhamdulillah, masuk tahun ni dah tahun ke-5!!

Oh my, ku sedar diriku tua 


Started from 2011 up until now 2015,

Ramadhan kat Korea paling di nanti-nanti.


Selain sangat-sangat berbeza di Malaysia in terms of tempoh masa puasa, Sahur, Iftar, dan yang paling penting Ramadhan di Korea yang pasti akan dirindui nanti ialah, kesungguhan beramal di sini. 
(sungguh, tiada festival bazar ramadhan, tiada karnival buka puasa besar-besaran)

Yang ada hanyalah,
"Festival Ketaatan Karnival  Keampunan" 




Basically,

Waktu puasa di Korea since last 5 years jatuh pada musim panas (summer),

dan bila waktu panas ni, siang teramatla panjang.

Subuh is around 3pagi dan Maghrib is around 8malam.


So lepas tolak tambah semua, total puasa di Korea ialah dalam 17~18jam...

Tapi kenapa la hai saya rindu sangat2 puasa kt Korea ni.

P/S: Kembara Jalanan pusing Korea masa Ramadhan 2tahun lepas masih segar dalam ingatan...
또 가고싶은데 ㅠ....한국이 떠나기전에.. 한번 한국 튜어 갈 생각이다 ^^
insyaallah di lain entri saya akan kongsikan 











Sebabnya ialah;


Kat sini, Ramadhan disambut secara bersederhana. Wasatiyyah gituuuu  

Sahur

kurma dan minum air atau paling over pun makan cereal susu western sikit dok.
Tapi masyaallah boleh tahan for the whole days :)

Kadang tu lepas Tarawikh (Around 11pm, terus sahur dengan lauk berbuka) Jimat dan efisien kan..
huhuhu

Iftar

Biasanya favorite place untuk Iftar ialah di Masjid Itewon.
Makanan free dan of course HALAL. 
Makanan free pulok, jimat duit weols yer. 
And paling best, makanan varies ikut negara yang sponsor hari tersebut.

Sebab sy jenis telan semua benda asal halal, so semua ialah sedap :)


Tarawikh

Selepas menjamu selera di Masjid Itewon, harusla solat jemaah Maghrib Isyak dan Tarawikh terus iye dok.? 
Between Maghrib and Isyak terlalu lama, masa ni ialah the best time to heal.

Nak baca quran. hafal quran solat dan sebagainya.

Seeing other Muslim from the around world , regardless of color kulit, mazhab lain-lain, but we are all MUSLIMS. 
We dont know each other language(reti ucap Assalamualaikum pun cukup doh), but being in the same saff, and seeing the smile after solat is the best heal time...
hehe at least for me ;)

ALSO, 

Kenapa Ramadhan di Korea best???!

i am being me.

Independant.

No ayam percik, ikan bakar, nasi kerabu, nasi ayam (read: NASIK AYE!)
But without those delicious marvellous foodporn ore panggil,
but then im survived.


Terkadang, iftar dengan sebiji kurma pun boleh puas hati dan terus kenyang ;")


Lastly,


Selamat menyambut bulan Ramadhan al-Mubarak kepada semua yang mengenali diri ini tak kira di mana anda berada! 

Semoga Ramadhan ini menjadi Ramadhan terbaik untuk diri kita semua 
(just imagine no more Ramadhan for us next time)

Buat yang pertama kali or kedua ketiga keempat kelima dan banyak kali puasa di Korea,
bertabahlah wahai hati dan jiwa raga! hehehe you know what i meant :p

Semoga setiap amalan kita diterima dan semoga pengorbanan kita yang sekecil ini dinilai olehNya..


and am so excited for the first time, ramadhan is celebrated along with final exam! 










SALAM RAMADHAN 



;)

Semoga bermanfaat.
Biiznillah 





Monday, June 15, 2015

Tulipa Markies


Assalamualaikum wbt 



P/S: Dialog buatan sendiri tiada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang telah tiada


Keluhan seorang pelajar;


A: Susah la nak buat soalan ni pun ambil masa 2~3jam..

B: Huish lama sungguh 2~3 jam. ko ngadap buku ke ngadap benda lain?

A: aku buat soalan sambil tengok drama, sambil balas komen kt Fb.. tengok apa viral news kt fb kalau study saje, boring laa.... 

B: oooo.. patula ambik masa lamaa.. ada "benda" lain amek masa mung...

A: GAPO???!!

B: Ish mung ni....xdokk ehh, baca doh doa tadi. Niat pun niat doh



Haaa. gituuuu



Pernah tak kita imbas balik perlakuan kita yang kita dok buat sehari-hari selari dengan  niat kita.?

Semua orang boleh claim dia niat belajar kerana Allah, niat nak cemerlang kerana Allah.

Tapi, pernah tak kita rewind balik perbuatan kita tu?



Jadi, sempena demam final exam sekarang ini di Bumi Sonata (i had finished three paper, have two more), saya akan kongsikan beberapa tips "belajar kerana Allah". Supaya kita bukan sahaja dapat keberkatan belajar sendiri malah pahala berganda-ganda insyaallah. Amin


Pertama sekali ialah
Tahu tujuan kita belajar. 
The main core terletak di sini, kita kena tahu untuk apa kita dipilih datang ke Korea, kalau bukan untuk belajar. Tapi jangan salah faham 24/7 belajar pulok huhu (dalam entri Mahasiswa Perfect 10 saya akan kongsikan the real Mahasiswa Perfect 10 ).


HAKIKAT,
Belajar di Korea bukanlah sesenang, saya pun mengalami benda yang sama. Kesusahan kepayahan, ke"reject'an Korean dengan foreigners dan sebagainya.
Walaupun kita kurang minat dengan subjek yang diambil sekarang, at least ingat balik kesungguhan kita untuk dapatkan result bagus semasa SPM dulu.. 

Jadikan tujuan asal kita di sini sebagai asbab untuk kita mendalami kos kita sekarang.. 

Bila kita letakkan tujuan duniawi sahaja contohnya, belajar untuk dapat gaji besar, belajar untuk dapatkan segulung ijazah, belajar sebab dapat scholarship, belajar sebab suruhan mak ayah, 

Semua tu betul je, takde yang salah. Cumanya rasa penat, lelah, bosan sebab bila dapat hasilnya kita takde pengakhiran kepada kenapa perlu kita menuntut ilmu dalam konteks Islam sebenar..



Kedua ialah, 

Letakkan niat belajar seiring dan sejalan.

Macam mana?

Cara belajar kita mestilah selaras dengan niat yang kita tanamkan dalam hati.

Kita claim "niat belajar kerana Allah", tetapi jalan kepada belajar tersebut dipenuhi dengan onak berliku (drama Kpop, drama Mpop ke dan sebagainya). 

Cuba bagitahu apa keuntungan/benefit menonton drama yang sudah pasti ada adegan-adegan yang memang tidak selari dengan tindak tanduk Islam.? 

Mungkin ada yang akan jawap "supaya study takde ngantuk sangat, nanti ngantuk tido pulok"

Cuba tanya, 
Berapa ramai yang menonton Filem-filem yang 1000 kali lebih bermanfaat sepeti Omar Series, drama-drama keagaamaan yang sudah tentu mempunyai berjuta kali ganda manfaat.? 

P/S: Sape nak list filem drama Islamik boleh pm saya yer :)


Jadi, bila mana jalan kepada niat yang kita cakap tadi sudah tidak betul, maka hasilnya sudah pasti kurang betul. 


Semua orang mampu dapat result gempaksss flying color colorful,
tapi bukan semua orang mampu dapat result yang berkat. Subhanallah T____T


Jadi kat sini, saya nak share few tips supaya "belajar seiring dengan Niat" yang  kita dok claim dari time UPSR sampai leni in a correct ways, insyaallah


TIPS HOW TO STUDY FOR THE SAKE OF JANNAH


1. Jangan pernah sekali ambil ringan perintah agama

Paling senang ialah solat.. Nak-nak solat subuh di Korea ni makin awal sebab summer. 
Amat sedih kita 열심히(bersungguh-sungguh) untuk peperiksaan dunia, tapi tak prepare apa untuk peperiksaan abadi. Sebab mudah, untuk peperiksaan di Mahsyar kelak kita takde tarikh lagi, jadi tak perlu preparation pun.... :((((


Jaga solat, Allah pasti jaga kita.


2. Usaha:Tawakkal. Ratio 1:1

Usaha dan tawakkal ibarat dua pasangan yang saling memerlukan.
Takde satu rasa rindu, kan kan 아는척하자 ㅋㅋ

Sebanyak mana usaha kita, jangan lupa tawakkal kita.
Sebanyak mana tawakkal kita, jangan lupa usaha kita.


Usaha tangga kejayaan..?

Saya rasa nak ubah "usaha dan tawakkal tangga kejaayaan"

;)





Sebelum pergi jauh ke entri yang lain, dengan seikhlas hati saya nak ucapkan

"Salam Imtihan, 
Mumtaz untuk Ummah"

kepada semua pelajar Malaysia di Korea Selatan ini especially.
dan di mana-mana jua! 






Semoga entri ini bermanfaat.
Biiznillah

68 Nuun

Assalamuaalaikum wbt...



Sebelum start posting a lot (read; a lot of things in draft actually), let me give muqaddimah dahulu sebum terjun ke post yang "berat"..


AMARAN PERTAMA : Maaf sebab entri saya bukan berbahasa Melayu, English tetapi Bahasa majmuk yer (kata 1 Malaysian)



Bismillah..

Blogging...
kenapa blogging...?
kenapa baru sekarang.. bukan dulu bukan semalam ?


Kenapa blogging ialah, sebabnya rasa perlu untuk jadikan kehidupan akhir (read; detik-detik terakhir di Bumi ini sebagai catatan indah) insyaallah.. WARNING: YOU'LL BE BORED WITH A LOT OF KOREAN STUFFS HERE 


Okay, kenapa sekarang? TAK BUSY KE

Busy je, setiap hari, setiap tahun tipu lah tak busy..

Tapi kalau setakat busy scroll Fb, scroll Instagram, Twitter dan sebagainya, baiklah saya membuat blog supaya dapat something...
Sebenarnya sebelum ini memang ada blog personal tapi dah selamat dikuburkan ke dalam tong sampah, sebab kandungan sangat lah tidak matang.. T__T







Kata-kata ini sebenarnya memang memberi kesan yang besar kepada ku,

Sangat la sedih hidup kita bila kita claim kita ni Muslim tetapi kita tak pernah menyampaikan walau pun sepatah ayat.. T___T

Sangat sedih la hidup saya ni, kalau saya tak dapat bagi apa-apa sumbangan pun kepada agama saya.
Saya cakap saya sayang agama saya, tapi mana bukti kasih dan sayang saya kepada agama saya?


"Nunn.. Demi pena dan apa yang mereka tuliskan. "

Satu surah kegemaran saya,
Dan sebab tu saya namakan post pertama ini dengan surah al-Qalam.

(Di lain entri, saya akan kongsikan ibrah/pengajaran dari surah kegemaran saya ni)


So, basically saya akan share a lot apa yang berlaku di tempat pembesaran saya ni :)

Saya dibesarkan 18tahun di Bachok, Kelantan (read: KELATE)

The next year, I celebrated my 19th birthday here.
And the next, next, next year... Up until last time,,

Walaupun mostly umur di Malaysia, tetapi saya dibesarkan di suasana terasing (ghuraba).
Saya memahami sebenar-benar menjadi kepahitan ghuraba di sini,

Dan kerana manis pahitnya ghuraba' itulah,

Dengan bangganya saya telah temui satu sisi masa yang saya amat bangga,

satu masa di mana saya kenal Islam.

Islam bukan hanya pada solat 5 waktu (solat pun cepat2 je dulu),
Islam bukan hanya pada bulan Ramadhan (okay, masuk poso je sero supo malaikat, lepas tu tengg tengg tengg)



Astagfirullahalazim....




Islam itu sangat luas...

Let me say ALHAMDULILLAH syukur for being "thrown away" here up almost 5years not just to learn Thermodynamis of Chemical Engineering, Ethics of Technology,

BUT ,

More than those things...


Semua orang mampu belajar sepertimana students lain,

Tapi bila Allah pilih saya untuk belajar both..


There is nothing i can say,


Alhamdulillah 'ala kulli hal.