Sunday, August 30, 2015

MAHASISWA PERFECT 10!!



Assalamualaikum wbt.


(it took me almost 6 months to wrap up this stories.. sorry)


Sesuai dengan tema sesi persekolahan baru, yakni semester baru. Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak menjadi inspirasi untuk kita semua (termasuklah hakak) untuk menggapai impian menjadi mahasiswa perfect TEN!


Sebelum meneruskan, sebenarnya poin-poin ini ialah hasil catatan saya sendiri semasa menjadi salah seorang panel untuk slot "Mahasiswa Perfect 10"... (opss,perfect ke??)

Bersama-sama saya ialah (baca: subhanallah), tiga lagi panel hebat dunia wal akhirat insyaallah. Betapa kerdilnya diriku ㅠㅠ (degree pun dok habis lagi).


Mereka ialah;

Dr. Rozanizam Zakaria, https://www.facebook.com/drrozanizam?fref=ts
sebagai moderator.

Dr. Nazri pensyarah di UMK. sebagai panel satu

Dr. Syah https://www.facebook.com/pages/Syahr-Musafir/522328724588187?pnref=story
sebagai panel kedua.


dan....


Dr. xyxyxyxy (in the making)
sila like blog saya okeh =)


So, tajuk yang diberi memang sangat bertepatan dengan tema saya sebagai mahasiswa. Dunia mahasiswa bukan dunia biasa, tapi boleh jadi luar biasa jika kita mampu menjadikannya perfect 10!

Ketiga-tiga panel diberi soalan berbeza-beza mengikut pengalaman masing-masing.


Saya akan fokus kepada soalan yang diberi kepada Dr. Syah, iaitu



" DESCRIBE AN EXCELLENT STUDENT".



P/S: saya sempat juga menulis nota walau berada di atas pentas, kerana terlalu teruja mendengar perkongsian mereka masyaallah.


Dr. Syah menekankan 3 poin penting di sini, yang MESTI ada jika seseorang itu ingin menjadi Mahasiswa Perfect 10!


Poin Pertama : Being involved with activities


Untuk poin ni, ramai yang salah faham bahawa once you're a student, your life is with books 24hour! Don't disturb me when am in semester. we meet during semester break"..

Dr Syah menekankan di sini ialah seseorang itu belum Perfect 10 jika hanya bergelumang dengan bukunya sahaja.
Mahasiswa itu Perfect 10 bila mana dia menghabiskan masa semaksimum mungkin dan juga terlibat dengan pelbagai aktiviti organisasi. Di universiti, terlalu banyak organisasi pelajar, organisasi Islam dan sebagainya. Dan sebenarnya, you will get more knowledge when you are involving with people.
The best experience was indeed people. read: human).

Beliau sendiri menjelaskan, mengikuti proses tarbiyyah (baca: usrah) juga sebenarnya menjadi penolong kepada kejayaan beliau. Aktif dalam organisasi Islam (beliau ialah bekas aktivis ISMA Australia) juga merupakan salah satu poin penting kerana kita sebenarnya deal with human...Asas-asas DF!



Poin Kedua : Time Management


Okay, yang ini antara poin TERPENTING dan terSENTAP.

Dr. Syah mengingatkan semua mahasiswa supaya uruskan masa dengan sebaik mungkin.
Masa yang diberi kepada semua manusia di muka bumi ialah 24JAM.
Tetapi, masa itu bergantung kepada manusia untuk digunakan dengan cara apa sekalipun.

Untuk menjadi Mahasiswa Perfect 10! MESTI/WAJIB pandai uruskan masa..!

Tapi macam mana.?

Ok, macam ni. Let say minggu ni awak ada banyak homeworks dan hujung minggu ialah masa untuk awak berbulatan gembira/beraktivis. Jangan tangguh kerja sekolah, siapkan terus dan tak perlu tungga dateline baru nak siapkan.

Bagi beliau, masa untuk belajar ialah masa yang memang tak dan takkan diganngu. Manakala masa untuk berehat/berhujung minggu ialah masa peribadi dan tak bercampur dengan masa belajar.

Masa untuk belajar, kita ALL OUT. Masa untuk bergembira pun kita ALL OUT.

Yang penting, jange campo koksey kokdey =)

Tambahan lagi, zaman belajar sebenarnya ialah masa kita dengan diri sendiri sahaja. Zaman bujang ialah zaman kita mematangkan diri dalam pengurusan masa. Dr. Syah sendiri berkahwin muda dan sempat menghabiskan degree dan seterusnya terus menyambung Phd. Boleh baca di sini, perkongsian beliau yang viral baru-baru ni ;


https://www.facebook.com/syahr.musafirzawawi/posts/10152932263465736:0

So, sangat terSENTAP kan?

Kita yang masih meng"single" ni masa hanya lah untuk diri sendiri, berapa banyak masa sebenarnya yang kita gunakan untuk didik diri menjadi hamba cemerlang dunia wal akhirat.?

Jangan pernah harapkan pasangan untuk menyedarkan dan berubah jika diri sendiri tidak mahu berubah! (okay, ni bukan poin dr syah)



Poin Ketiga : Balance Life


Menyeimbangkan antara kehidupan belajar dan kehidupan seharian.

Kita mempunyai hak terhadap badan, dan diri kita.

Bila mana badan kita perlukan makan, tunaikan hak tersebut. Bila mana badan kita perlukan rehat, tunaikan hak tersebut. Bila mana emosi badan dan fizikal dalam keadaan yang seimbang, nescaya perasaan untuk belajar juga membuak-buak.


p/s: tak dapat recall sangat poin ni, tak tulis nota ni TT


Last but not least,

Dr. Syah berpesan supaya...

Kita, sebagai Mahasiswa "cintailah pilihanmu".

Walau sesusah, seperit manapun belajar, cintai, sukai, dan sayangi pilihanmu.. (in terms of study)

=)




Nota kaki: saya pun kurang pasti kenapa dinamakan perfect 10.. ehe in case ada yang tanya.. mungkin sebab time tu panas dengan filem melayu 'suamiku perfect 10'... Mungkin....



tulis isi penting



KLS Kelantan


Nota di "copy" FB Dr. Syah : Program Karnival Lepasan Sekolah (KLS) adalah program tahunan yang dianjurkan oleh KRIM dengan kerjasama PEMBINA dan ISMA. Sebelum ini dikenali sebagai Kem Lepasan SPM (KLS), KLS beriltizam menjadi platform terbaik untuk memberikan input dan perkongsian berkesan kepada para peserta lepasan sekolah sama ada SPM, STAM, STPM dll dalam segala aspek yang diperlukan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi di dalam dan luar negara. 

Alhamdulillah KLS peringkat Kelantan pada 2015 disertai lebih 450 peserta dari pelbagai latar belakang dan berjaya mendapat respon positif daripada para peserta. 




Semoga bermanfaat..!
Biiznillah!

Tuesday, August 25, 2015

#TIPSKEMBALIKESEKOLAH


Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah atas nikmat Islam dan iman alhamdulillah =)

Haa ni nak kongsi beberapa tips  KEMBALI KE SEKOLAH (baca: universiti/kolej).


Kalau di Korea ni, kami ada dua cuti semester.

Summer break dan Winter break.

Spring Semester biasanya bermula minggu pertama Mac~minggu ketiga Jun.

makanya cuti summer break bermula minggu ke tiga Jun sehingga hujung Ogos.

Fall Semester pula bermula minggu pertama September~minggu ketiga Disember.

Konklusinya,

cuti kami sebenarnya lama jugak kan..?

Cuti hampir 2 bulan lebih.. kebiasaanya memang ramai akan balik ke kampung halaman masing-masing cuti ni..terutamanya cuti musim panas..

Jadinya, sebelum kembali ke sekolah dengan azam dan semangat baru (azam baru sokmo tiap kali sem baru)...

Dialog saya dengan seorang kawan setiap kali sem ;

이제부터 이순간 부터 열공해야지....

ayat WAJIB minggu pertama sekolah :D



OK lah, saya tahu setiap orang punya gaya kehidupan lain-lain..

Ni gaya kehidupan saya, saya tak minta anda ikut cuma sekadar perkongsian saya sahaja =)


8 #tipskembalikesekolah




1. Rancang jadual balik awal ke Korea (at least 1 minggu, kalau tak pun 3 hari)

Ini sangat penting sebabnya supaya kita setel semua perkara. Terutamanya, setel EMOSI... baru balik dari Malaysia biasalah, homesickness overload T__T.  Atleast kalau balik awal, homesick 2 hari, nak kemas rumah 2 hari, nak 마음준비 semester baru 2 hari. Okay cukup 6 hari kan.


2. Pastikan hidup dalam keadaan OK

Maksudnya, bila mula-mula sampai di Korea selepas hampir 2 bulan cuti, rumah pun habuk, tu belum kira yang ada anak cucu cicit lagi (baca=lipas). Nak kemas rumah lagi, nak sental itu ini..

Untuk yang menginap di asrama lagi la. Nak angkut barang dari stor ke bilik.(untuk kes SKKians ) Nak kemas ruang bilik (walaupun tak sebesar rumah) memang ambil masa. Kalau saya, memang kena ada mood betul-betul nak kemas baru boleh kemas. Dan biasanya mood ni datang tanpa diundang. Kadang 2 hari, kadang 3 hari, kadang 4 hari...kadang-kadang tak maii mood...(A week after baru kemas)

Dan untuk yang berpenyakit seperti admin ini, sediakan banyak-banyak ubatan. Prevention is better than cure kan.? Sepanjang-panjang berada di luar negara, demam teruk ke sakit sangat rare.. Alhamdulillah.. =) Jadi, pastikan anda hidup dalam keadaan OK untuk survive di luar negara!


3. Lidah KOREA!

Lepas puas cuti di Malaysia 2 bulan, awak ingat awak lalu ke nak makan kimchi hari-hari?
Saya nanges dulu baru makan heheh
Ingat lagi masa awal-awal balik (pertama kali balik lepas 1 tahun setengah duk Korea), saya beli ayam nugget dan sebagainya makanan bertin. HARI-HARI makan hampir sebulan jugak baru lalu makan makanan Korea...


4. Tukar peralatan sekolah baru

hehe.. saya suka beli peralatan macam pensel, pen, pen kaler-kaler untuk menunjukkan akan kembali ke sekolah macam dulu-dulu. Takdelah tukar kesemuanya.. nampak yang tak de dakwat tu boleh lah tukar yer...=)
Dan juga, beli buku baru, file baru dan susun atas rak :))


5. CEPAT COP BUKU DENGAN SENIOR!

tips ni kena caps lock sebab penting huhu cepat-cepat taw, kalau boleh sebelum buka sem boleh dah start tanya senior mana yang pernah ambil subjek tersebut etc..


6. Tidur awal 

macam nak exam je kan? entah lah, saya ni gugup sikit kalau berkaitan dengan first day..
so kalau first day sekolah, saya akan tidur awal.. esok bangun dengan penuh keceriaan..
sepanjang cuti 2 bulan, saya tahu mesti awak semua enjoy kan.. tetiba nak kena sekolah, ambil masa juga nak setel masa tidur kan.. tambah-tambah sini waktu Subuh agak awal (lewat dah compare to last June). Sudah cukup-cukup sudah waktu enjoy di tanah air, kita kembali ke sekolah dengan tidur yang teratur insyaallah.


7. AZAM BARU

tips ni pun kena caps lock..

Walaupun macam "eh , tiap sem nak target pointer 4.0 ke atas tapi tak dapat pun"

ITS OKAY. at least, kita ada target nak survive.. memang susah tapi kita nampak arah tujuan kita nak ke mana kan.?

Sama macam target hidup kita nak apa.? Saya nak Jannah Firdaus. tak senang pun T___T dan tak juga susah... :) Insyallah semoga segala urusan dipermudahkan

Jangan pernah lupa tetapkan azam dalam setiap perkara baru..
Mungkin ada yang Allah tunaikan seiring dengan usaha kita dan mungkin juga sebaliknya. Doakan yang baik-baik.


8. Carilah Permata di Korea..

Buat adik-adik, carilah permataaaaaa di Korea. Carilah dengan mata hati. Hidup di Korea memang best, internet laju, nak tengok youtube laju, semua best.. Despite semua yang bestt tu, ada benda paling best sekali di Korea ni... Benda yang takkan pernah saya lupa sepanjang berada di sini... 5 tahun bukan sekejap, sangat lama, sangat penat, sangat banyak dugaan rintangan.. Tapi percayalah dengan tarbiyyah hidup anda akan lagi terisi..

Belajar engineering sangat susah, bahasa menjadi masalah utama. Komunikasi yang kurang, keluarga tiada di sisi untuk di hamburkan segala kesusahan ini..

tapi kerana indahnya tarbiyyah di Korea,
saya survive..

i survived life as an Overseas Student..
only
with Iman and Tarbiyyah..



Akhir sekali,

selamat kembali ke sekolah kepada semua graduan di Korea Selatan.!!

Mulakan sesi persekolahan yang baru dengan niat "mumtaz untuk ummah"..

Jangan lupa minta doa dan restu daripada kedua ibu bapa tersayang..

Semoga keberangkatan anda semua mendapat redha mereka, insyaallah.




해피 개강! ^_^






Semoga bermanfaat!

Tuesday, August 11, 2015

Oh My Sonbae! Dongyang di Hati





Sebelum baca, senyum dan baca :) 

Pesanan:

Saya tidak point dekat mana-mana pihak, hanyalah berkongsi pendapat dan pengalaman sendiri. Bukan nak memburukkan cuma berkongsi pengalaman sendiri , dan mahu dijadikan sempadan dan tauladan.


Assalamualaikum wbt..


UiTM di Hati..

Kat Korea, DONGYANG MIRAE UNIVERSITY di Hatiku.


2010- Intec 
---------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Korang nanti kat Ono belajar rajin-rajin, jangan masuk dongyang. Jangan aim nak masuk dongyang"...

Kata-kata ni aku dapat masa belum fly lagi.

Masa zero, semua yang senior cakap anggukkan dan iyakan sahaja.



2011& 2012

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Lepas fikir panjang, sebenanrnya daripada dulu lagi (dulu-duluan), fitrah budak yang masuk dongyang akan digelar sebagai budak kelas bawahan(over sikit), atau senangnya, budak kureng cerdik sikit. (ok la sikit kan?)

Aik.? Siapa yang bagi gelaran ni??

Haaa. dulu masa aku belajar bahasa dulu, aku pelik kenapa senior2 cakap macamtu.

"Jangan masuk dongyang,
DMU ni untuk budak tak pandai."

dan sebagainya.

Sorry to say, yang peliknya yang cakap tu ex-DMU jugak.
Kalau yang tak pernah masuk DMU, boleh diterima la kot..

To seniors yang pernah cakap macam tu direct or indirectly, idk what is the real reasons for you to say like that to your juniors who are just step in Korea.

Semua pun percaya cerita tersebut, dan study ni study macam hape sebab tak nak masuk dongyang. Iye lah, kalau kena masuk dongyang, terus dicop tak pandai...

Termasuklah aku.


Okay, dipendekkan cerita. 

My pointer is below than 3.75.
This means that anyone whose below than 3.75 cannot pursue study in degree straightforward.
They have to go into DMU and complete diploma first for 2 years, and then continue degree for another 2 years.

Up until now, this rules only applicable to JPA students only.


Maka, aku pun masuklah DMU.

Masuk bukan dengan keazaman,
tapi dengan ayaqmata.. (yup, jiwa aku sangat sensitif masa tu. orang tanya pasal uni pun dah berair mata. Iye lah, pandangan orang dijadikan neraca... at THAT TIME.....)

Dipandang "bodoh" oleh semua orang, 
aku melangkah masuk keseorangan.

Mungkin dalam sejarah kot(?), 

The only and only Malaysian female student for 2012/13 batch. 

Drama ayaq mata lagi.. 


Drama ini berterusan sampai nak habis first year rasanya.

Allahu akbar, bila diingat macam mana aku boleh survive sorang-sorang aku pun pelik binti hairan.

Kuasa Dia..


Okay, lets study kenapa manusia-manusia dahulu menamakan dongyang sebagai tempat ter"kurang cerdik" atau nama tak sedapnya "bodoh".


1. Sebab Korean 

Terikut-ikut dengan Orang Korea yang mementingkan ranking. 
Kalau tanya korea, universiti yang diorang tahu SKY je lah..
Sah-sah dongyang memang takde dalam ranking lah.. jangan mimpi bercakap pasal ranking.


2. Dimomokkan dengan cerita dulu kala

Aku tak tahu siapa yang start buat cerita tapi tahniah cerita anda berlanjutan sampai sekarang.
Bukti: Junior sekarang, sape yang dah nampak future masuk dongyang. the first things they will do is   monyok/takde mood nak study/rasa nak give up/rasa paling tak pandai/end up nangis sokmo 


3. Pengaruh Cikgu bahasa Korea juga

Masih ingat lagi ada sorang cikgu tu cakap 
semua budak yang kat DMU 바보들아... 

Fuhhh dia kasi ayat indirectly which means sape yang masuk dongyang 바보 


Can you ever imagine aku melangkah masuk ke sini dengan ceritaa-cerita sebegitu rupa? 
bukan berdua denganmu, bertiga tapi
berkeseorangan....



1 Tahun Kemudian (2012)


Sangkaku ribut melanda, tapi pelangi indah dihadiahkan.


Sampai sekarang, ketika entri ini ditulis... 

Aku masih boleh ingat setiap detik ketika berada di dongyang dulu.

Aku tinggal mostly seorang diri,
bil bayar seorang diri (kecuali beberapa sem sebab ada orang tolong termasukla Puan PPL Seoul sendiri.. Thanks a lot kak kiera, kak lion, kak Ad...) 

Kira-kira yang betul aku bayar bil sendiri ialah satu sem sahaja. 3 bulan.
Terpaksa bayar bil yang patutnya dikongsi berdua.

Most of the time, aku belajar di library atau di kelas atau di coffe shop.
(No, im not hipster or banyak pitis)

Just untuk elakkan berada seorang di bilik.
Bilik 206 tu hanya untuk makan, solat dan tidur..

Sebab apa.?
sebab bila aku duk sorang-sorang lama sikit, aku cepat lonely. Aku cepat sedih.......

Aku takkan pernah lupa jasa baik batch 10, masa tu diorang dah second year, aku pulak freshman (first year).

Aku kenal mereka hanyalah melalui nama atau just tahu mereka ialah senior.

Rupanya mereka ialah senior terbaik (antara terbaik) pernah aku kenal. Alhamdulillah.

Aku takkan lupa setiap seorang dari mereka.
Masa first2 masuk, semua pakat dok kalut risau aku sorang-sorang. Semua pakat nak bantu tapi tak tahu camne kan heheh 
Semua pakat offer nak bantu dari sudut kewangan etc.

Dan aku takkan lupa saat aku down nak bayar bil winter yang mahal sampai puluh-puluh keping, dia sanggup derma duit untuk aku. (Mungkin sebab tu bisnes dia maju sampai sekarang). Jzkk kheir.

Dan juga, dari kekok dan malu-malu meow.
Aku tersangat rapat dengan kakak-kakak b10.

Makan sama. (dorang masak, aku makan)
Tidur sama. 
Tengok cerita sama.
Main ski sama.
Buat prank birthday sama..
dan sebagainya lah. 

Aku tahu je diorang risau aku sorang-sorang kan :")

Malah, diorang siap komplot lagi buat surprise birthdayy ek :") 


Kalau dulu aku sangat-sangat benci dan taknak masuk dongyang,
saat itu aku dah jatuh chenta dengan dongyang.
Bermula saat itu.

Bermula saat aku nampak sedikit demi sedikit hikmah kenapa dalam banyak-banyak orang, Allah pilih aku sorang...


Its just unbelievable how He made all this plan for me.
Subhanallah.


Ok, lets go to point that DMU untuk orang "kureng cerdik"..??

Baca, hadam dan faham.

1. Students DMU ialah budak yang main-main dan taknak belajar. 

Memang diakui student Korea yang masuk DMU ialah budak yang main-main dan taknak belajar. Memang betul point ni. Betul sangat-sangat.
Saya setuju.! Pandai seniors cari point.

Secara peribadi pendapat saya, out of 60 pelajar dalam kelas they will be 2 3 orang yang memang genius tahap Uni. Err just dia takde rezeki masuk SKY sebab competition dengan other genius sangat tinggi.
Ingat lagi sorang tu, semua benda dia tahu dan siap argue lagi dengan cikgu. Last contact dia transfer masuk Hanyang University... :)

So. hmm ada jugak la yang pandai. sebenarnya. lagi pandai dari awak yang masuk uni terus (maybe)..... opsss!!

2. Salah ke diploma dulu?

Salah ke? Entah, ada orang mungkin allergic dengan perkataan diploma. Nampak rendah sangat ek.? 
Takpelah, at least ex-dongyang ada 2 sijil (diploma, ijazah). 

3. Nampak tak hipster ?

okay ni saya tambah je. heheh 
Saya perasan dulu time senior tanya saya..

"awak uni mana eh?"

"dongyang"

"ooo pointer tak lepas ke?"

"ermm.. aah"

"sape lagi masuk dongyang?

"saya sorang.."

"siannya..."

Pastu discover2, rupanya beliau pun ex-dongyang jugak :") 

Errr... takpelah mungkin dulu dia lepas pointer cuma TERMASUK dongyang :") 


Ni pulak dialog siapa yang masuk uni terus,

"awak uni mana eh?"

"SKK"

"oh. yeke.. okay x SKK? Susah kan. Ala biasa la hidup uni.."


Gituu lah...

Oh My Senior :") 



Kat sini saya ada buat pro and cons masuk dongyang n Uni straight. (saya akan cuba berlaku adil..) 


Grad Diploma Dongyang Mirae University (only 2 years)


Pros
-Ada dua sijil (diploma, ijazah)
-Grad dari 2 tempat berbeza
-Faham belajar (this is for me which until now even in Uni, am still refer notes from dongyang ex:
재료화학,분석화학/이경희 교수님. Kakak2 adik2 hwagong mestilah ingat beliau kan. Jangan main-main, beliau grad from HU, KAIST dan USA tu.. 
Also subjek ABEEK (Calculus, Advanced Math),
왕문성교수니... Notes dan slip paper sampai sekrang simpan.. 
-Result cantik meletops 
(Alhamdulillah walau tak lepas result untuk dapat scholarship 2juta, tapi dapat 4.0 above is better right?) 
-Study rajin confirm excel
-2tahun kemudian sambung degree, total 4tahun juga
-CGPA akan dikira 0 bila masuk Uni
-Officer (정 선생님) 착한 선생님 처럼 어디서 찾는지도 모릊니다.
-Welfare dijaga dengan sangat-sangat-sangat-sangat-sangattttttt baikk T_____T
Cons
-dipandang sedikit "slek" 
-Nampak "tak pandai"
-masalah transfer kredit 
-kena ambil balik subjek yang dah belajar 
(act, this refer to uni's system) 
-ramai yang kena extend (this depends on how you manage your credit hours) 
-pindah rumah
-Culture shock masa transfer Uni
-Third and forth year busy (depends, kalau taknak busy buat lah internship/summer class/winter class)


Uni straightforward

Pros
-Andalah kebanggan batch(lol) 
-Pandai bijaksana (pointer lepas 3.75)
-Hebat bergaya di mata Korean, also Malaysian
-Stay dan tak pindah rumah dah. 
-Tak perlu ulang subjek (unless fail)
-Kesusahan dah terbiasa from 1st year
-Third and forth year rileks (bukan semua, ada ramai lagi yang tak rileks2 sampai ke sudah) 


Cons
-CGPA selama 4 tahun berturut-turut.
-많이 힘드시죠 다들? 
-Sibuk dan susah sampai ke sudah (depends on how you manage your time table)
-Results compete dengan other Korean genius
(ramai saje yang result terer kan?) 
-welfare? takkan pernah ada uni yang mampu lawan dmu jaga from A-Z



4 Tahun Kemudian. (2015) 


Now, aku boleh post benda gini lepas dah masuk final year lepas dah jadi super senior hihi

Dulu aku pernah bagi talk dekat junior jugak psal DMU ni.. Alhamdulillah ramai yang masuk DMU dengan happy bukan lagi air mata :") 

Alhamdulillah, 

walau dah masuk uni.
Culture shock sungguh masa awal-awal masuk,
pointer ke laut sajee (takde surat amaran taw).

Dah study selokbelok kehidupan uni, 
result better and better and better.
Boleh survive dan boleh dapat result macam DMU dulu. Alhamdulillah :")



Konklusinya:

OH MY SENIOR :)

1. Kita sebagai senior jaga lah kata-kata. Kata-kata tanpa usul periksa yang nyata mengakibatkan banyak kesan kepada junior. 
Senior memainkan peranan yang penting di Korea, tunjukkan qudwah hasanah yang sebaik-baik :) Yang qudwah baik, confirm junior akan ingat sampai bila-bila. Yang tak baik, ingat juga tapi kalau boleh taknak ingat.

Kehidupan diuar negara memang banyak bergantung dengan senior.

Apa senior buat, apa senior makan, apa senior cakap, apa senior pakai, apa senior post, apa senior etc etc, semua junior stalk dan ikut.
Fuhhh.....

Tujuan entri ini panjang sebegini ditulis adalah untuk memotivekan adik-adik yang terpaksa masuk dongyang dulu. Yang lepas pointer tu, korang pandai-pandai decide sendiri ye :) 

Masa akak kena "mentally torture" dulu,
akak dah letak azam yang 
"Aku kena betulkan skeptikal orang pasal Dongyang"



Dongyang di Hatiku. Selamanya










p/s: penggunaaan kata-kata (aku, saya, i etc) untuk menampakkan cerita sebenar. 


Salam.

Moga bermanfaat.

Saturday, August 1, 2015

Sinar di Langit Jaechon


Assalamualaikum wbt.


Disember 2013


Anniversary ke-3 berada di Korea, salah satu tempat yang tak pernah dengar dan tak pernah tahu kewujudan di Korea ------> JAECHEON SI

Kenapa kenangan di Jaecheon begitu terpalit dalam ingatan dan masih kukuh dalam ingatan.?

Bukan kerana tempat tersebut yang menjadi asbab indahnya bumi Jaechon, 

tetapi kerana kehadiran insan-insan seperti mereka yang menjadi asbab kenapa bumi tersebut memberi sejuta makna kepada ku..


Langit Indah di Jaechon.

Haneul di Jaechon....




pertemuan pertama =)


Rasulullah SAW pernah bersabda: 

"Sesungguhnya di kalangan hamba-hamba Allah terdapat segolongan manusia yang mana mereka ini bukan para Nabi dan bukan pula syuhada', akan tetapi para anbiya' dan syuhada' bercita-cita untuk mencapai martabat mereka di sisi Allah" 

Lantas para sahabat bertanya: "Ya Rasulallah, khabarkanlah kepada kami siapakah mereka itu?" 

Lalu baginda bersabda: "Mereka adalah kaum yang berkasih sayang dengan roh Allah, bukan kerana ikatan kekeluargaan dan bukan kerana harta yang saling mereka berikan. Demi Allah! Sesungguhnya wajah-wajah mereka disinari cahaya, dan sesungguhnya mereka berada di atas cahaya. Mereka tidak gentar saat semua manusia ketakutan, dan mereka tidak bersedih saat semua manusia kesedihan."

 


Semoga kita lah yang tergolong dalam golongan di atas.

Amin =)

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Spring 2015 
Pertemuan dua mata dengan insan-insan ini dah hampir 2 tahun lebih...

Izinkan sy menggunakan perkataan aku untuk lebih dramatik ye :)



Aku tak pernah kenal susuk tubuh seperti mereka.

Mereka datang tanpa kenal sesiapa pun di Korea. 

Mereka bukan seperti kami, 
Kami ini ibarat anak manja atau anak bongsu.

Datang ke Korea dengan tangan kosong, 
semuanya tersedia di hadapan mata.

Semua nya lengkap,
Rumah dah diuruskan oleh persatuan pelajar,
Kami ada ramaiii senior yang sentiasa mengejar-ngejar kami untuk apa-apa program. 
(well u know who)

Kita semua dikejar dan mengejar..Huhuhu

Tapi , 

Tidak untuk mereka. Ibarat sebatang kara terdampar di lautan Jaechon 

Mereka datang dengan pengurusan sendiri.

Paling perit tiada siapa yang diharapkan untuk menjadi peneman ketika masalah atau sebagainya.


Kita?

Terlebih ramai kawan, kakak, mahupun senior tapi masih sukar untuk bersyukur TT


Ketika post ini ditulis, susuk-susuk tubuh ini telah pun dulu meninggalkan Korea.

Tapi, betul lah kata pepatah

"harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama"

Mereka bukanlah mati jasad, tetapi sudah mati tempoh untuk menetap di sini.

Tapi bagi ku,

Aku mendapat terlalu banyak ibrah (pengajaran) dengan keberadaan mereka di Korea.


Aku mengenali Semyung University,
Aku mengetahui keberadaan Jaechon,
Aku mengetahui keindahan Lake Jaechon.,,


Keberadaan mereka walau hanya sekejap tetapi merupakan memori paling indah sepanjang aku berada di sini.


Hanya dengan pertemuan 2 mata dengan mereka selama 1 saat, aku menjadi rapat dan menganggap mereka sama seperti kakak ataupun kawan sendiri.,. Sebabkan umur kami hanyalah beza setahun kekadang tersasul panggil nama sahaja :") 

Izinkan aku untuk mengabadikan kisah kita di sini supaya kenangan kita kekal sampai bila-bila. 

Mereka merupakan insan yang sangat cekal hidup di perantauan sendiri, hanya berbekalkan teman sahabat sahaja. 

Beza tersangat beza orang yang dimanja dan orang yang berdikari sendiri-sendiri.

Mereka kini sudahpun pulang ke Malaysia (bfg), tetapi entah kenapa sukar untuk aku terima pemergian mereka. 

Mereka juga seperti ku, mengenali erti Islam sebenar di bumi Korea, malah aku rasa mereka begitu bertuah, mengenali tarbiyyah pada awal kedatangan mereka.. 

Aku kenal setiap seorang dari mereka,
Mereka juga berubah kerana sebuah titik tolak usrah, kerana penangan tarbiyyah..

Masih ingat ke curhat kita di cat caffe Jacheon dulu, akak akak? Masih ingat lagi kisah akak-akak semua, setiap kali tengok gambar mesti tersenyum dan pasti air mata juga mengalir.



drama air mata =)))) masih kah kau ingat.?


Dan semasa post ni ditulis pun, entah kenapa sayu rasanya T.T


Sampai sekarang jika di imbas kembali, air mata pasti mengalir.


Mereka begitu kental dan tabah, 
sinar tarbiyyah dikurnia disaat mereka tiada sesiapa di sini. 

Walaupun aku hanya mendengar cerita mereka, tetapi aku juga seperti merasainya sendiri.
Allahu akbar, 


Aku terasa dengan setiap perubahan mereka.
Mereka memberi impak yang besar kepada diriku, dan sahabat yang lain.. 


Sungguh, pembawakan mereka, penerimaan mereka terhadap tarbiyyah tak semua kita mampu seperti mereka.

Mereka dapat terus grab dan terus berpaut. 


Aku? 

Dapat, main-main, tak serius dan sebagainya.


akak-akak,

ku doakan dirimu tetap kekal utuh di jalan ini,
jalan yang menjadi saksi malam curhat kita, 
jalan yang menjadikan dirimu bukan seperti dulu lagi,

Ketahuilah,
keberadaan mu merupakan suatu kenangan indah yang takkan terpadam,
dan kepulangan mu ibarat hilangnya satu tempat ku berteduh. 

Di saat terasa dirimu hilang, di saat mahu futur,
ingatlah kenangan mu ketika berada di Jaechon,
ingatlah setiap amalan kita di sini,
ingatlah langit Korea,
ingatlah langit Jaechon.

Langit yang menjadi saksi tarbiyyah dalam dirimu....!




Lake Jaecheon

Paling teristimewa buat;

Kak Fairuza (which i met randomly masa kem JPA), dari dia lah ketemu dengan yang lain ;)

Kak Umi, Kak Awin, Kak Yan, Kak Aten, Kak Iera, Kak Min..

그동안 많이 고맙고, 많이 미안하고,
많이 사랑한다.

보고싶다 =")





Uhibbukina Fillah Abadan.
Saranghamnida.


Semoga bermanfaat.