Sunday, August 30, 2015

MAHASISWA PERFECT 10!!



Assalamualaikum wbt.


(it took me almost 6 months to wrap up this stories.. sorry)


Sesuai dengan tema sesi persekolahan baru, yakni semester baru. Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak menjadi inspirasi untuk kita semua (termasuklah hakak) untuk menggapai impian menjadi mahasiswa perfect TEN!


Sebelum meneruskan, sebenarnya poin-poin ini ialah hasil catatan saya sendiri semasa menjadi salah seorang panel untuk slot "Mahasiswa Perfect 10"... (opss,perfect ke??)

Bersama-sama saya ialah (baca: subhanallah), tiga lagi panel hebat dunia wal akhirat insyaallah. Betapa kerdilnya diriku ㅠㅠ (degree pun dok habis lagi).


Mereka ialah;

Dr. Rozanizam Zakaria, https://www.facebook.com/drrozanizam?fref=ts
sebagai moderator.

Dr. Nazri pensyarah di UMK. sebagai panel satu

Dr. Syah https://www.facebook.com/pages/Syahr-Musafir/522328724588187?pnref=story
sebagai panel kedua.


dan....


Dr. xyxyxyxy (in the making)
sila like blog saya okeh =)


So, tajuk yang diberi memang sangat bertepatan dengan tema saya sebagai mahasiswa. Dunia mahasiswa bukan dunia biasa, tapi boleh jadi luar biasa jika kita mampu menjadikannya perfect 10!

Ketiga-tiga panel diberi soalan berbeza-beza mengikut pengalaman masing-masing.


Saya akan fokus kepada soalan yang diberi kepada Dr. Syah, iaitu



" DESCRIBE AN EXCELLENT STUDENT".



P/S: saya sempat juga menulis nota walau berada di atas pentas, kerana terlalu teruja mendengar perkongsian mereka masyaallah.


Dr. Syah menekankan 3 poin penting di sini, yang MESTI ada jika seseorang itu ingin menjadi Mahasiswa Perfect 10!


Poin Pertama : Being involved with activities


Untuk poin ni, ramai yang salah faham bahawa once you're a student, your life is with books 24hour! Don't disturb me when am in semester. we meet during semester break"..

Dr Syah menekankan di sini ialah seseorang itu belum Perfect 10 jika hanya bergelumang dengan bukunya sahaja.
Mahasiswa itu Perfect 10 bila mana dia menghabiskan masa semaksimum mungkin dan juga terlibat dengan pelbagai aktiviti organisasi. Di universiti, terlalu banyak organisasi pelajar, organisasi Islam dan sebagainya. Dan sebenarnya, you will get more knowledge when you are involving with people.
The best experience was indeed people. read: human).

Beliau sendiri menjelaskan, mengikuti proses tarbiyyah (baca: usrah) juga sebenarnya menjadi penolong kepada kejayaan beliau. Aktif dalam organisasi Islam (beliau ialah bekas aktivis ISMA Australia) juga merupakan salah satu poin penting kerana kita sebenarnya deal with human...Asas-asas DF!



Poin Kedua : Time Management


Okay, yang ini antara poin TERPENTING dan terSENTAP.

Dr. Syah mengingatkan semua mahasiswa supaya uruskan masa dengan sebaik mungkin.
Masa yang diberi kepada semua manusia di muka bumi ialah 24JAM.
Tetapi, masa itu bergantung kepada manusia untuk digunakan dengan cara apa sekalipun.

Untuk menjadi Mahasiswa Perfect 10! MESTI/WAJIB pandai uruskan masa..!

Tapi macam mana.?

Ok, macam ni. Let say minggu ni awak ada banyak homeworks dan hujung minggu ialah masa untuk awak berbulatan gembira/beraktivis. Jangan tangguh kerja sekolah, siapkan terus dan tak perlu tungga dateline baru nak siapkan.

Bagi beliau, masa untuk belajar ialah masa yang memang tak dan takkan diganngu. Manakala masa untuk berehat/berhujung minggu ialah masa peribadi dan tak bercampur dengan masa belajar.

Masa untuk belajar, kita ALL OUT. Masa untuk bergembira pun kita ALL OUT.

Yang penting, jange campo koksey kokdey =)

Tambahan lagi, zaman belajar sebenarnya ialah masa kita dengan diri sendiri sahaja. Zaman bujang ialah zaman kita mematangkan diri dalam pengurusan masa. Dr. Syah sendiri berkahwin muda dan sempat menghabiskan degree dan seterusnya terus menyambung Phd. Boleh baca di sini, perkongsian beliau yang viral baru-baru ni ;


https://www.facebook.com/syahr.musafirzawawi/posts/10152932263465736:0

So, sangat terSENTAP kan?

Kita yang masih meng"single" ni masa hanya lah untuk diri sendiri, berapa banyak masa sebenarnya yang kita gunakan untuk didik diri menjadi hamba cemerlang dunia wal akhirat.?

Jangan pernah harapkan pasangan untuk menyedarkan dan berubah jika diri sendiri tidak mahu berubah! (okay, ni bukan poin dr syah)



Poin Ketiga : Balance Life


Menyeimbangkan antara kehidupan belajar dan kehidupan seharian.

Kita mempunyai hak terhadap badan, dan diri kita.

Bila mana badan kita perlukan makan, tunaikan hak tersebut. Bila mana badan kita perlukan rehat, tunaikan hak tersebut. Bila mana emosi badan dan fizikal dalam keadaan yang seimbang, nescaya perasaan untuk belajar juga membuak-buak.


p/s: tak dapat recall sangat poin ni, tak tulis nota ni TT


Last but not least,

Dr. Syah berpesan supaya...

Kita, sebagai Mahasiswa "cintailah pilihanmu".

Walau sesusah, seperit manapun belajar, cintai, sukai, dan sayangi pilihanmu.. (in terms of study)

=)




Nota kaki: saya pun kurang pasti kenapa dinamakan perfect 10.. ehe in case ada yang tanya.. mungkin sebab time tu panas dengan filem melayu 'suamiku perfect 10'... Mungkin....



tulis isi penting



KLS Kelantan


Nota di "copy" FB Dr. Syah : Program Karnival Lepasan Sekolah (KLS) adalah program tahunan yang dianjurkan oleh KRIM dengan kerjasama PEMBINA dan ISMA. Sebelum ini dikenali sebagai Kem Lepasan SPM (KLS), KLS beriltizam menjadi platform terbaik untuk memberikan input dan perkongsian berkesan kepada para peserta lepasan sekolah sama ada SPM, STAM, STPM dll dalam segala aspek yang diperlukan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi di dalam dan luar negara. 

Alhamdulillah KLS peringkat Kelantan pada 2015 disertai lebih 450 peserta dari pelbagai latar belakang dan berjaya mendapat respon positif daripada para peserta. 




Semoga bermanfaat..!
Biiznillah!

No comments:

Post a Comment