Saturday, August 1, 2015

Sinar di Langit Jaechon


Assalamualaikum wbt.


Disember 2013


Anniversary ke-3 berada di Korea, salah satu tempat yang tak pernah dengar dan tak pernah tahu kewujudan di Korea ------> JAECHEON SI

Kenapa kenangan di Jaecheon begitu terpalit dalam ingatan dan masih kukuh dalam ingatan.?

Bukan kerana tempat tersebut yang menjadi asbab indahnya bumi Jaechon, 

tetapi kerana kehadiran insan-insan seperti mereka yang menjadi asbab kenapa bumi tersebut memberi sejuta makna kepada ku..


Langit Indah di Jaechon.

Haneul di Jaechon....




pertemuan pertama =)


Rasulullah SAW pernah bersabda: 

"Sesungguhnya di kalangan hamba-hamba Allah terdapat segolongan manusia yang mana mereka ini bukan para Nabi dan bukan pula syuhada', akan tetapi para anbiya' dan syuhada' bercita-cita untuk mencapai martabat mereka di sisi Allah" 

Lantas para sahabat bertanya: "Ya Rasulallah, khabarkanlah kepada kami siapakah mereka itu?" 

Lalu baginda bersabda: "Mereka adalah kaum yang berkasih sayang dengan roh Allah, bukan kerana ikatan kekeluargaan dan bukan kerana harta yang saling mereka berikan. Demi Allah! Sesungguhnya wajah-wajah mereka disinari cahaya, dan sesungguhnya mereka berada di atas cahaya. Mereka tidak gentar saat semua manusia ketakutan, dan mereka tidak bersedih saat semua manusia kesedihan."

 


Semoga kita lah yang tergolong dalam golongan di atas.

Amin =)

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Spring 2015 
Pertemuan dua mata dengan insan-insan ini dah hampir 2 tahun lebih...

Izinkan sy menggunakan perkataan aku untuk lebih dramatik ye :)



Aku tak pernah kenal susuk tubuh seperti mereka.

Mereka datang tanpa kenal sesiapa pun di Korea. 

Mereka bukan seperti kami, 
Kami ini ibarat anak manja atau anak bongsu.

Datang ke Korea dengan tangan kosong, 
semuanya tersedia di hadapan mata.

Semua nya lengkap,
Rumah dah diuruskan oleh persatuan pelajar,
Kami ada ramaiii senior yang sentiasa mengejar-ngejar kami untuk apa-apa program. 
(well u know who)

Kita semua dikejar dan mengejar..Huhuhu

Tapi , 

Tidak untuk mereka. Ibarat sebatang kara terdampar di lautan Jaechon 

Mereka datang dengan pengurusan sendiri.

Paling perit tiada siapa yang diharapkan untuk menjadi peneman ketika masalah atau sebagainya.


Kita?

Terlebih ramai kawan, kakak, mahupun senior tapi masih sukar untuk bersyukur TT


Ketika post ini ditulis, susuk-susuk tubuh ini telah pun dulu meninggalkan Korea.

Tapi, betul lah kata pepatah

"harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama"

Mereka bukanlah mati jasad, tetapi sudah mati tempoh untuk menetap di sini.

Tapi bagi ku,

Aku mendapat terlalu banyak ibrah (pengajaran) dengan keberadaan mereka di Korea.


Aku mengenali Semyung University,
Aku mengetahui keberadaan Jaechon,
Aku mengetahui keindahan Lake Jaechon.,,


Keberadaan mereka walau hanya sekejap tetapi merupakan memori paling indah sepanjang aku berada di sini.


Hanya dengan pertemuan 2 mata dengan mereka selama 1 saat, aku menjadi rapat dan menganggap mereka sama seperti kakak ataupun kawan sendiri.,. Sebabkan umur kami hanyalah beza setahun kekadang tersasul panggil nama sahaja :") 

Izinkan aku untuk mengabadikan kisah kita di sini supaya kenangan kita kekal sampai bila-bila. 

Mereka merupakan insan yang sangat cekal hidup di perantauan sendiri, hanya berbekalkan teman sahabat sahaja. 

Beza tersangat beza orang yang dimanja dan orang yang berdikari sendiri-sendiri.

Mereka kini sudahpun pulang ke Malaysia (bfg), tetapi entah kenapa sukar untuk aku terima pemergian mereka. 

Mereka juga seperti ku, mengenali erti Islam sebenar di bumi Korea, malah aku rasa mereka begitu bertuah, mengenali tarbiyyah pada awal kedatangan mereka.. 

Aku kenal setiap seorang dari mereka,
Mereka juga berubah kerana sebuah titik tolak usrah, kerana penangan tarbiyyah..

Masih ingat ke curhat kita di cat caffe Jacheon dulu, akak akak? Masih ingat lagi kisah akak-akak semua, setiap kali tengok gambar mesti tersenyum dan pasti air mata juga mengalir.



drama air mata =)))) masih kah kau ingat.?


Dan semasa post ni ditulis pun, entah kenapa sayu rasanya T.T


Sampai sekarang jika di imbas kembali, air mata pasti mengalir.


Mereka begitu kental dan tabah, 
sinar tarbiyyah dikurnia disaat mereka tiada sesiapa di sini. 

Walaupun aku hanya mendengar cerita mereka, tetapi aku juga seperti merasainya sendiri.
Allahu akbar, 


Aku terasa dengan setiap perubahan mereka.
Mereka memberi impak yang besar kepada diriku, dan sahabat yang lain.. 


Sungguh, pembawakan mereka, penerimaan mereka terhadap tarbiyyah tak semua kita mampu seperti mereka.

Mereka dapat terus grab dan terus berpaut. 


Aku? 

Dapat, main-main, tak serius dan sebagainya.


akak-akak,

ku doakan dirimu tetap kekal utuh di jalan ini,
jalan yang menjadi saksi malam curhat kita, 
jalan yang menjadikan dirimu bukan seperti dulu lagi,

Ketahuilah,
keberadaan mu merupakan suatu kenangan indah yang takkan terpadam,
dan kepulangan mu ibarat hilangnya satu tempat ku berteduh. 

Di saat terasa dirimu hilang, di saat mahu futur,
ingatlah kenangan mu ketika berada di Jaechon,
ingatlah setiap amalan kita di sini,
ingatlah langit Korea,
ingatlah langit Jaechon.

Langit yang menjadi saksi tarbiyyah dalam dirimu....!




Lake Jaecheon

Paling teristimewa buat;

Kak Fairuza (which i met randomly masa kem JPA), dari dia lah ketemu dengan yang lain ;)

Kak Umi, Kak Awin, Kak Yan, Kak Aten, Kak Iera, Kak Min..

그동안 많이 고맙고, 많이 미안하고,
많이 사랑한다.

보고싶다 =")





Uhibbukina Fillah Abadan.
Saranghamnida.


Semoga bermanfaat.




1 comment: