Tuesday, August 25, 2015

#TIPSKEMBALIKESEKOLAH


Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah atas nikmat Islam dan iman alhamdulillah =)

Haa ni nak kongsi beberapa tips  KEMBALI KE SEKOLAH (baca: universiti/kolej).


Kalau di Korea ni, kami ada dua cuti semester.

Summer break dan Winter break.

Spring Semester biasanya bermula minggu pertama Mac~minggu ketiga Jun.

makanya cuti summer break bermula minggu ke tiga Jun sehingga hujung Ogos.

Fall Semester pula bermula minggu pertama September~minggu ketiga Disember.

Konklusinya,

cuti kami sebenarnya lama jugak kan..?

Cuti hampir 2 bulan lebih.. kebiasaanya memang ramai akan balik ke kampung halaman masing-masing cuti ni..terutamanya cuti musim panas..

Jadinya, sebelum kembali ke sekolah dengan azam dan semangat baru (azam baru sokmo tiap kali sem baru)...

Dialog saya dengan seorang kawan setiap kali sem ;

이제부터 이순간 부터 열공해야지....

ayat WAJIB minggu pertama sekolah :D



OK lah, saya tahu setiap orang punya gaya kehidupan lain-lain..

Ni gaya kehidupan saya, saya tak minta anda ikut cuma sekadar perkongsian saya sahaja =)


8 #tipskembalikesekolah




1. Rancang jadual balik awal ke Korea (at least 1 minggu, kalau tak pun 3 hari)

Ini sangat penting sebabnya supaya kita setel semua perkara. Terutamanya, setel EMOSI... baru balik dari Malaysia biasalah, homesickness overload T__T.  Atleast kalau balik awal, homesick 2 hari, nak kemas rumah 2 hari, nak 마음준비 semester baru 2 hari. Okay cukup 6 hari kan.


2. Pastikan hidup dalam keadaan OK

Maksudnya, bila mula-mula sampai di Korea selepas hampir 2 bulan cuti, rumah pun habuk, tu belum kira yang ada anak cucu cicit lagi (baca=lipas). Nak kemas rumah lagi, nak sental itu ini..

Untuk yang menginap di asrama lagi la. Nak angkut barang dari stor ke bilik.(untuk kes SKKians ) Nak kemas ruang bilik (walaupun tak sebesar rumah) memang ambil masa. Kalau saya, memang kena ada mood betul-betul nak kemas baru boleh kemas. Dan biasanya mood ni datang tanpa diundang. Kadang 2 hari, kadang 3 hari, kadang 4 hari...kadang-kadang tak maii mood...(A week after baru kemas)

Dan untuk yang berpenyakit seperti admin ini, sediakan banyak-banyak ubatan. Prevention is better than cure kan.? Sepanjang-panjang berada di luar negara, demam teruk ke sakit sangat rare.. Alhamdulillah.. =) Jadi, pastikan anda hidup dalam keadaan OK untuk survive di luar negara!


3. Lidah KOREA!

Lepas puas cuti di Malaysia 2 bulan, awak ingat awak lalu ke nak makan kimchi hari-hari?
Saya nanges dulu baru makan heheh
Ingat lagi masa awal-awal balik (pertama kali balik lepas 1 tahun setengah duk Korea), saya beli ayam nugget dan sebagainya makanan bertin. HARI-HARI makan hampir sebulan jugak baru lalu makan makanan Korea...


4. Tukar peralatan sekolah baru

hehe.. saya suka beli peralatan macam pensel, pen, pen kaler-kaler untuk menunjukkan akan kembali ke sekolah macam dulu-dulu. Takdelah tukar kesemuanya.. nampak yang tak de dakwat tu boleh lah tukar yer...=)
Dan juga, beli buku baru, file baru dan susun atas rak :))


5. CEPAT COP BUKU DENGAN SENIOR!

tips ni kena caps lock sebab penting huhu cepat-cepat taw, kalau boleh sebelum buka sem boleh dah start tanya senior mana yang pernah ambil subjek tersebut etc..


6. Tidur awal 

macam nak exam je kan? entah lah, saya ni gugup sikit kalau berkaitan dengan first day..
so kalau first day sekolah, saya akan tidur awal.. esok bangun dengan penuh keceriaan..
sepanjang cuti 2 bulan, saya tahu mesti awak semua enjoy kan.. tetiba nak kena sekolah, ambil masa juga nak setel masa tidur kan.. tambah-tambah sini waktu Subuh agak awal (lewat dah compare to last June). Sudah cukup-cukup sudah waktu enjoy di tanah air, kita kembali ke sekolah dengan tidur yang teratur insyaallah.


7. AZAM BARU

tips ni pun kena caps lock..

Walaupun macam "eh , tiap sem nak target pointer 4.0 ke atas tapi tak dapat pun"

ITS OKAY. at least, kita ada target nak survive.. memang susah tapi kita nampak arah tujuan kita nak ke mana kan.?

Sama macam target hidup kita nak apa.? Saya nak Jannah Firdaus. tak senang pun T___T dan tak juga susah... :) Insyallah semoga segala urusan dipermudahkan

Jangan pernah lupa tetapkan azam dalam setiap perkara baru..
Mungkin ada yang Allah tunaikan seiring dengan usaha kita dan mungkin juga sebaliknya. Doakan yang baik-baik.


8. Carilah Permata di Korea..

Buat adik-adik, carilah permataaaaaa di Korea. Carilah dengan mata hati. Hidup di Korea memang best, internet laju, nak tengok youtube laju, semua best.. Despite semua yang bestt tu, ada benda paling best sekali di Korea ni... Benda yang takkan pernah saya lupa sepanjang berada di sini... 5 tahun bukan sekejap, sangat lama, sangat penat, sangat banyak dugaan rintangan.. Tapi percayalah dengan tarbiyyah hidup anda akan lagi terisi..

Belajar engineering sangat susah, bahasa menjadi masalah utama. Komunikasi yang kurang, keluarga tiada di sisi untuk di hamburkan segala kesusahan ini..

tapi kerana indahnya tarbiyyah di Korea,
saya survive..

i survived life as an Overseas Student..
only
with Iman and Tarbiyyah..



Akhir sekali,

selamat kembali ke sekolah kepada semua graduan di Korea Selatan.!!

Mulakan sesi persekolahan yang baru dengan niat "mumtaz untuk ummah"..

Jangan lupa minta doa dan restu daripada kedua ibu bapa tersayang..

Semoga keberangkatan anda semua mendapat redha mereka, insyaallah.




해피 개강! ^_^






Semoga bermanfaat!

1 comment: