Wednesday, October 28, 2015

pelajar oversea itu POYO!!



Assalamualaikum wbt.




p/s: post sangat lama.. post jeruk kena bagi simpan lagi sikit :D

Insyaallah, hari ni saya nak beri komen juga kepada satu status yang viral di twitter, mengenai student oversea kerjanya asyik berjalan, student kat Malaysia study bagai nak rak.

Saya berpendapat status sebegini ditulis oleh admin tersebut kerana;

beliau selalu melihat rakan-rakan di luar negara meng'upload' gambar-gambar travel di Instagram, Facebook, twitter dan pelbagai media social yang lain.

Umum mengetahui bahawa, kita sekarang hidup di zaman, semua benda yang dibuat hatta benda yang personal pun nak di tayang umum, apatah lagi benda yang menggembirakan. Okay, saya bukan nak ulas mengenai kesan selalu meng'upload' status gambar dan sebagainya.

Tapi, saya ingin meng'clarify'kan bahawa pelajar luar negara juga berpulun-pulun, bermati-matian juga study hard untuk peperiksaan, sebab apa.? Sebab kami menerima satu amanah, duit yang kami dapat ialah duit daripada cukai yang telah dibayar oleh rakyat marhaen Malaysia, kalau kami tak belajar berhabisan, kami akan dihantar pulang dengan tidak terhormatnya.

TETAPI,
Mostly saya sendiri tidak pernah meng'update' status
" Susahnya subjek ni, tadi exam tak boleh jawab" etc and etc

Tapi rather than updating those status,
saya akan update status mengenai keindahan yang ada di negara Bumi Sonata ini,
Indahnya bumi sonata ini hanyalah 10% jika nak dibandingkan dengan pelbagai jenis kesusahan lain yang dhidapi oleh pelajar Malaysia terutama pelajar Malaysia.

Macam satu fenomena juga, bila tiba musim bunga(spring), semua pelajar luar negara akan update status gambar di Instagram dengan sakura nya, dengan tulipnya dan sebagainya.
Tiba, musim luruh, semua akan update gambar autumn pulak,
Tiba musim salji, first snow (첫눈), semua akan upload gambar di Instagram.
Ketahuilah, kami pelajar di luar negara ini hanya ada masa kurang dari 5 tahun (except for those medic student, dentistry and etc) untuk menikmati keindahan alam yang tiada di negara kita.

Jadi, timbul lah perasaan "ah, study oversea selalu g travel, pastu upload kt ig bla bla"

let me ask you one question,

"how about you all uploading those delicious Nasi lemak, nasi kerabu, ABC, KFC dan sebagainya?"
"how about you all uploading pictures with mak, ayah, adik, dan seangkatan dengannya.?"

Saya tak pernah ada anggapan bahawa kamu semua yang selalu update;

"yayy, exam week balik rumah mak masak sedap-sedap.."

"A is check-in at KLIA"

"B is travelling from KL to KB"

ialah ORANG YANG TAK BELAJAR BERSUNGGUH-SUNGGUH.


Kita diberi rezeki masing-masing dalam bidang masing-masing,

saya mengambil jurusan kejuruteraan kimia,

saya tak pernah ada passion dalam engineering, tapi bila Allah cakap "kun fayakun", saya terima.

Semua student oversea mengalami benda yang sama;


1. Homesick

2. Sentiasa kelaparan (cam over je kan :p

3. Elaun tak naik-naik dari 10 tahun lepas (Kami pelajar di Korea mendapat RM 1800/sebulan, tetapi korean currency is 3.8 times higher than RM) + Transport fee dari 900won dinaikkan ke 1250won. Living cost di Seoul, Korea is much higher than in Malaysia and one of the highest in the world. (one of the reasons for korean why they commit suicide.tertekan dengan kos sara hidup)

4.  Produk halal, makanan halal susah untuk didapati

5. ISLAMPHOBIA (Everyday, news pasal IS) Negara sekutu Amerika Syarikat. hmm

6. GRADING (the most important parts that every Malaysian students MUST KNOW)
In Korea, grading is

Okay, pasal isu suka travel.
Saya sangat-sangat suka travel juga, bagi saya alang-alang masih muda, alang-alang ada duit ehsan duit hasil berjimat cermat saya, tak de salah pun untuk saya simpan dan buat bekal untuk travel.

Tak campur kesusahan nak tambah duit elaun lagi..

We do (Almost) overseas student buat part time nak cari duit lebih, for many reasons. Ada yang memang nak simpan duit untuk masa depan, ada yang nak simpan duit bantu keluarga, ada yang nak melancong dan sebagainya..



Saya sendiri bila tengok kawan-kawan post makanan sedap di Malaysia, (walapun hanya lah colek buah), ya allah rasa teringin tu tak tahu nak cakap camne lah..

Makan kat sini nak cari yang halal mahal pulak dan jauh, makan sekadar serunding ataupun banchan(side dish Korea) pun dah rasa paling sedap.

Waktu paling tak best berada di luar negara ialah waktu sakit.

Bukan sakit hati,

tapi sakit fizikal.

Allahu, padahal sakitnya sikit tapi sebab duduk jauh beribu batu dengan mak, kesakitan tu berganda-ganda tambah tolak dengan beribu tadi (boleh imagine dok?)


Makanya, bersangka baiklah dengan semua ketentuanNya.

Yang belajar dalam negara pun ada pahit dan manis masing-masing,
dan
yang belajar di luar negara juga ada pahit dan manis masing-masing.

Tak sedap lah kalau kita nak tuding jari tanpa mengetahui keadaan sebenar.

Kakak naqibah (usrah) saya pernah bilang;

"seseorang itu tidak akan pernah tahu keadaan kita pahit dan manisnya selagi mana dia tidak memakai kasut yang dipakai oleh kita".

Waallahu allam.



salah satu contoh makanan harian pelajar "oversea".
yang sedap-sedap di instgram tu biasanya sebulan sekali atau seminggu sekali
:)

p/s: doakan saya.

Saturday, October 24, 2015

Lembaga Kuning Hitam?



Assalamualaikum wbt..

Sebenarnya, lama juga saya fikir kena buat entri balasan ke berkenaan post saya "Kpop dan Hallyu" yang paling HIT di antara yang lain. 

Ramai yang bertanya "apa itu lembaga kuning hitam?"

Mereka yang bertanya memang ternyata tidak tahu dan perlukan jawapan nampaknya hehe


Ketahuilah, lembaga kuning hitam bukanlah application kakaotalk atau Minions or Banananana...


Tapi...




secara direct to the point nya ialah

salah satu NGO yang berdaftar dan memperjuangkan agenda Islam. 

salah satu NGO yang membawa dan menekankan Islam dalam diri para ahlinya.

salah satu NGO yang berteraskan quran dan sunnah.

salah satu NGO yang membuatkan jiwa-jiwa ini kembali kepada yang Esa.

salah satu NGO yang aktif dalam dan luar negara.

salah satu NGO yang mempunyai matlamat bukan sekadar badan jemaah Islam.

salah satu NGO yang membawa agenda yang besar untuk UMMAH

dan itula dia lembaga kuning hitam,

Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) 



Tagline "Membangun Umat Beragenda", 


bukan sekadar slogan biasa-biasa. 
Namun slogan yang kami perjuangkan, slogan yang kami pertahankan.
Tarbiyyah bukan hanya kita menjadi baik sahaja, namun tarbiyyah itu supaya orang sekeliling, 
umat ISLAM di Malaysia (read; bumi kita) menjadi Islam dalam erti kata yang sebenar.
Dan yang paling penting, DnT di ISMA ialah amar makruf, nahi mungkar. 

Dan tarbiyyah ISMA TAKKAN sekali-kali berkompromi, berdiplomasi berkaitan hal akidah.
Akidah merupakan akar dan tunjang kepada umat Islam. 
Hilangnya akidah, hilanglah Islam itu sendiri.
Kami di ISMA bukan bergerak atas isu, kami bergerak atas fikrah
















Nah, harap jawapannya memberi sedikit gambaran mengenai lembaga kuning hitam tersebut.

Banyak yang berlaku membuatkan jiwa jahil ini semakin dan semakin kenal islam betul, berkat doa-doa para kakak isma. Allah campakkan dalam jiwa ini supaya terus merasa nikmat yang sama dirasai oleh As Syahid Imam Hassan Al Banna di dalam gerabak ini..






p/s: bersedia selepas ni penuh post-post ke"usrah"an pulak... USRAH ITUU POYOO!!


Wednesday, October 21, 2015

Salah siapa.?

Assalamualaikum wbt..



Minggu lepas, saya berkesempatan menghadiri majlis ilmu anjuran salah satu persatuan kelab di Korea.

Tahniah saya ucapkan kerana berjaya menganjurkan majlis sebegitu rupa, dan sebenarnya banyak yang saya ingin bertanya dan mengutarakan pendapat, cumanya masa semasa forum yang singkat dan saya sendiri yang mempunyai tuntutan lain selepas program itu.


Apa yang dicoretkan di sini bukanlah mengenai program tersebut, tetapi sedikit sentapan tarbiyyah (gitu...) semasa saya di sana.

Di sana, saya berjumpa dengan seorang penulis ummah Kak Ummuhani, yang sekarang belajar di Korea. Beliau ialah seorang penulis yang sangat-sangat komit dalam bidang penulisan beliau. Rupanya.. "ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi". Bapa beliau ialah seorang yang melibatkan diri dalam bidang penulisan. Dan saya yakin dan percaya, pembacaan ialah sesuatu yang diterapkan dalam pembinaan modal insan keluarga beliau.



Oh, bukan itu juga yang nak dicoretkan disini..

Apa yang nak dicoretkan  ialah, pertanyaan saya kepada beliau;
Pertanyaan saya yang membuatkan saya berfikir lama,

Kami berbual-bual semasa di booth jualan, kak ummu menjual buku-buku beliau, manakala saya menjual tudung dan shawl. Kami exchange ala-ala sistem barter gitu.. :)

Lokasi ; di tempat booth kak ummu

Me : akak, mana buku yang paling best akak nak rekomenkan?

K. Ummu: Yang ini kalau awk nak jadi penulis, yang buku ini paling latest. Bagi akak, buku ni paling best dan memberi kesan..

Me: Ooo (sambil membelek-belek). Pasal apa kak buku ni?

K. Ummu: buku ni pasal seorang non-Muslim yang jumpa Islam dan berdakwah dengan seluruh jiwa. akak sendiri ke sana untuk menemu ramah beliau.

Me: tapi akak. saya ni kalau beli buku memang beli, nak bacanya tu macam tak je.. asyik tengok handphone je.. salah sape akak.. salah fon ke salah saya?

K. ummu: Handphone(hp) tade buat salah pun.. tanya diri kita, kita nak ilmu ke tak. macam akk, akak setkan masa untuk membaca even sekejap je sehari. kita nak tambah ilmu kena la berkorban. tengok hp tu, kita scroll benda sama je kan.. yang salah ialah kita sendiri. kita cipta alasan untuk tidak membaca kerana adanya fon.. macam mana kita nak sampaikan ilmu kepada anak-anak jika rujukannya bukan dari buku, tetapi dari fon maklumat yang entah sahih ke tidak.

Me : (.......sentap....)

Allahu, macam mana nak gelar dai'e kalau baca buku pun malas oiiii.....!



Terima kasih atas teguran dan nasihat kak ummu hani, Allah beri teguran melalui akak.

Setiap bait-bait kata akak terkena dengan situasi saya, saya bukanlah seorang ibu lagi, saya tiada anak-anak macam akak.

Tapi saya ialah seorang kakak atau "mummy" kepada "Anak-anak" mad'u saya.
Saya ibarat emak kepada mereka.

Saya sepatutnya menjadi pembimbing kepada mereka.

Amat malulah saya sekiranya, saya hanya scroll fb, instagram dan twitter untuk baca apa yang ada dan likes viral news sahaja.

Alhamdulillah lepas kejadian tersebut, saya berjaya habiskan satu buku dalam seminggu lepas tu... (clap clap clap)


Buku karya beliau of course,

"NOORAH"

Nanti saya akan tulis review saya.

Sangat terkesan dan mempunyai ibrah yang mendalam!



Mengambil semangat dengan kerajinan orang Korea
membaca!

Thursday, October 1, 2015

Yongwonhan Chingu

Chingu.?

Yongwonghan.?


Besar maksud dan pengertian perkataan ni..untuk diriku.


2010

Aku bermula dari INTEC, aku bermula dari titik zero.

Korea, walau pada dasarnya aku allergic dan naik bosan dengan sikap segelintir orang Korea, dan suasana serta budayanya.. Sebenarnya negara Korea ni ialah tempat jatuh bangunnya diriku..


Di Korea, aku kenal erti cinta kepada makhluk, aku belajar cinta itu hanya kekal untuk yang Maha Esa, di Korea aku belajar erti cinta kepada makhluk juga, tetapi cinta yang dipanggil ukhuwwah.

Ukhuwwah, bukanlah sesenang diucap di bibir, bukanlah seringkas untuk diucap kepada sesiapa, ukhuwwah ini pengikat cinta dan kasih sesama jantina(perempuan dan perempuan). 

Mulai saat aku mengenal erti ukhuwwah, saat itu lah aku meninggalkan cinta kepada manusia, agungkan manusia yang bukan mahram. Saat aku menghidu harum dan manisnya ukhuwwah, saat itu aku meletakkan sepenuh hati untuk menyayangi mereka yakni akhawat(sisters).

Yongwonghan Chingu bererti Kawan ke Hujung Hayat.

Sama juga seperti Ukhuwwah. 

Ukhuwwah untuk bersama-sama di dunia dan semestinya di syurga nanti..

Di Korea juga, aku merasai pahit dan manisnya ukhuwwah.

Di Korea, aku senyum gembira dan menangis duka kerana ukhuwwah.

Ukhuwwah ibarat cinta kepada manusia.

Pernah suatu hari, adik usrah ku bertanya;


"akak, ukhuwwah ada bertepuk sebelah tangan tak?"


Pada mulanya, aku mengagak mana ada ukhuwwah sebelah tangan, cinta sebelah tangan ada lah. hehehe


Hakikatnya, yang dinamakan "ukhuwwah" juga bertepuk sebelah tangan.



2015.


Dakwah dan tarbiyyah banyak mengajarku mengenai perasaan hati jiwa dan perasaan.

Bagaimana aku selesaikan masalah hati? 
Dengan adanya tarbiyyah , dengan adanya akhawat.

Itulah kuncinya.



Yongwonhan Chingu- Ukhuwwah Fillah.


Ucapan dengan kata-kata ialah zero.

Ucapan dengan kata-kata dan hati dan perbuatan itulah ukhuwwah sebenar-benarnya.

Mana mungkin ada ukhuwwah yang bertepuk sebelah tangan, mana mungkin ada yang berkasih sayang kerana Allah tapi hanya satu pihak.  Kan? =)

Terima kasih untuk yang menyayangi diri ini seadanya kerana Allah dan terima kasih juga untuk yang membenci diri ini.


Dalam tarbiyyah, aku banyak belajar,

Aku tersenyum dan aku menangis kerananya.

Kerana aku tahu,

penghujungnya aku tetap manusia,

yang punyai satu


HATI.