Saturday, January 30, 2016

Jejak al Fateh: Keluarga Baru di Istanbul





Assalamualaikum wbt.



Bismillahirrahmanirrahim.

“Awak ni beruntung tau, banyak rezeki awak datang sini”

Kata unni kepadaku.

Untung sebab.?

Alhamdulillah, dipermudahkan perjalanan dari segi penginapan.

Di Sakarya sahaja, 4 malam aku di sana, aku hanya bayar untuk 2 malam dan 2 malam ialah dapat menginap secara percuma..

Di Istanbul pula, kami dapat menginap free di rumah kawan Turki Saadia. Nama dia Medina.

Pengalaman berpeluang menginap dan tinggal bersama-sama keluarga Turki,
Amazing, awesome, daebak subhanallah.

“Nak tahu orang Turki macam mana, tinggal di rumah mereka”- Unni

Bagiku, rumah Medina terletak di pinggir daripada kawasan pelancongan yang popular seperti Hagia Sophia, Masjid Biru dan sebagainya.

Dan secara jujurnya, penempatan di kawasan rumah Medina seperti kawasan di kawasan perumahan teres sederhana. Medina mengingatkan kami supaya tidak terkejut melihat keadaan rumahnya.

Sesampai di rumahnya, kami disambut oleh ahli keluarga Medina.
Ibu, ayah, kakak ipar, dan abang sulung Medina. Kami sampai agak lewat sebenarnya, kami tertinggal bas jam 7 malam di coach Station, jadi terpaksa menunggu satu jam seterusnya.

Sesampai di rumah nya jam 10 malam, ibu Medina terus menyediakan makanan malam (agak berat), dan pelbagai jenis makanan lain.

Masalah di sini ialah, kami bertiga dah makan di Restoran Ughur Istanbul.

Rasa sangat tak elok tak dapat makan dinner yang disediakan, kami berborak-borak sampai lewat malam. Sah-sah aku tak faham langsung apa perbualan mereka, aku tersenyum saja.

Oh, pasal Medina.

Menarik.

Dia sangat suka bercakap English (this is rare for Turkish people), dia sangat sukakan foreigner, dan she is an ambitious young girl. Baru berumur awal 20-an, tetapi sangat matang.

Kami diberi bilik adik Medina, bilik yang cukup-cukup untuk kami ber-3. Kalau datang lebih, confirm tak cukup =)

Mereka hidup sangat sederhana..

Tapi, yang menarik.

Keadaan dalam rumah terutamanya tandas, bilik mandi dan dapur seperti hotel.

Sangat bersih dan kemas.

Malam ke-2 aku di sini, kami di bawa pula ke rumah keluarga Turki yang lain untuk berkenalan dan bersembang.

Menurut Medina, keluarga ini ialah kenalan rapat keluarga dia, jadi mak Medina mahu kenalkan kami kepada mereka.

Apa yang sempat aku screen mengenai orang Turki ialah mereka sangat-sangat friendly, di mana-mana sahaja. Senyuman, layanan kepada foreigners sangat tip-top.

Medina sendiri mengakui yang orang Turki terlebih mesra, sampai satu tahap dia sendiri malas nak layan.

Kami tinggal di sini 4 malam :) 

Banyak sangat yang aku belajar pasal orang Turki di rumah keluarga baru ini.

Sungguh, perbezaan adat dan budaya bukanlah sesuatu perkara yang senang. Mencabar tapi menyeronokkan. 







Tahtalake Istanbul
31 Januari 2016

Friday, January 29, 2016

Jejak al Fateh : Tangisan Rindu di Konstantinopel




Assalamualaikum wbt.

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, thumma Alhamdulillah perjalanan menuju ke Istanbul dari Sakarya berjalan lancar berkat doa-doa semua. =)

Kami sampai di Istanbul jam 11 tengahari, tepat 2 jam tempoh perjalanan. Selepas selesai letak luggage dan beg yang agak berat, kami meneruskan perjalanan ke Kota Istanbul, di tengah-tengah padatnya 14 juta penduduk di Istanbul.

Tetapi sebenarnya, aku agak terkejut.

Istanbul bukanlah seperti yang aku sangkakan.

Ibarat sebuah pekan kecil yang padat, itulah Istanbul.

Seperti kata unni, Kamal Ataturk memindahkan pusat pemerintahan daripada Istanbul kepada Ankara sebagai ibu Negara Turki, supaya masyarakat makin lupa akan agungnya sejarah Islam di Konstantinopel ini.

Berkatnya bumi Konstantinopel ini yang pernah menjadi perebutan dua empayar besar dunia, yakni Rom dan Islam dan penyaksian kepada penaklukan Konstantinopel oleh pemimpin Islam, menjadikan Ataturk takut rakyat Turki berpandangan Islam, menjadi Islamik menyebabkan beliau mengubah pusat pemerintahan Negara. Allahu

Disebabkan itulah, Istanbul kurang maju dari segi pemesatan pembangunan.

Tetapi, unni bagithu juga walaupun pelbagai usaha dilakukan Ataturk untuk menjauhkan Turki daripada nilai-nilai Islam, tapi dengan kuasa Allah Istanbul atau dikenali sebagai Konstantinopel inilah yang menjadi tumpuan pelancong, berkahnya bumi yang pernah menjadi jejakan seorang pemimpin daripada kalangan pemimpin yang terbaik. Berkahnya bumi al Fateh, terlalu padat dengan pelancong. Dan populasi di Istanbul melebihi populasi di Ankara. Subhanallah. Walaupun kurang maju, tetapi kuasa Allah terasa berkat dan tenang di sini.

Kami menuju ke tempat utama dan boleh dikatakan tempat idaman aku.

Tempat yang menjadi saksi dan tempat yang menjadikan aku mahu sangat melihat di depan mataku.

Tempat yang pada dahulunya ialah sebuah geraja terbesar, dan semasa Sultan Muhammad al Fateh menakluki Istanbul, perkara pertama yang beliau lakukan ialah menukar tempat tersebut kepada masjid.


Bagaikan mimpi menjadi kenyataan, aku bertanya berkali-kali kepada unni;

‘‘Betul ke ni?”

“Macam tak percaya..”

Unni senyum sahaja melihat keterujaanku.


Sebelum ke tempat tersebut, kami terlebih dahulu menunaikan solat Zohor dan Asar di Masjid Biru, Sultan Ahmet..

Subhanallah, alhamdulillah. Aku diberi kesempatan untuk mendengar laungan azan di dalam masjid biru, diberi kesempatan menunaikan solat.

Masyallah, syahdunya laungan azan di bumi ini.

Terasa lain…

Aku membayangkan 500 tahun dahulu, kesungguhan rakyat pada masa itu dan aku melihat “kemodenan” rakyat al Fateh pada zaman kini. Walaupun aku berada di sini hanyalah seminggu sahaja, mendengar cerita-cerita daripada ramai unni yang menetap di sini, mengenai rakyat Turki menyebabkan hati ini sedih.

Aku sangat percaya yang masyarakat dan bangsa aku mempunyai nilai Islamik yang lagi tinggi daripada rakyat Turki.

Andai al Fateh di depanku..

Jejak dan langkah pemimpin yang sebaik pemimpin.

Aku hanya membaca kisahnya, aku hanya menonton filem mengenainya, aku tidak pernah mengenal beliau.

Tetapi betapa ramai rakyat Turki yang mengagungkan Mustafa Kamal Atarturk lebih daripada mengagungkan Sultan Muhammad al Fateh.

Di Masjid ini, aku menangis kerinduan..



Masjid Biru Sultan Ahmet 
Konstantinopel 
29 Januari 2016


Nota : Entri  mengenai tempat "tersebut" kena peram lama sikit terlalu mahal :P

Thursday, January 28, 2016

Jejak al Fateh: Tumpohan Budu di Kamelpasha




Assalamualaikum wbt.


Bismillahirrahmanirrahim.

Hari ke-5 di Sakarya, merupakan hari terakhir di sini sebelum meneruskan perjalanan yang masih panjang dan berliku-liku di hadapan.

Sebelum meneruskan perjalanan, seharian suntuk aku di asrama berehat dan terus berehat. Sebab nya.? Tiba-tiba rasa panas satu badan dan suara pun dah berubah lain.  Down sekejap sebab kalau boleh nak elakkan demam atau selsema untuk perjalanan jauh ini. Allahu, tiap kali solat mathurat aku minta semoga dikurangkan sedikit panas, dan seharian aku tidur sahaja di asrama unni.

Sebelah petangnya pula, Saadiah kawan unni (sekarang jadi kawan kami) plan untuk masakkan aku makanan istimewa daripada Negara dia. Sebenarnya, Saadiah ni nak masak dari hari pertama aku sampai (heheheh)

Kami minta izin untuk masak dan makan di rumah kak asmaa (travelog.my).

Sesampai di rumah kak Asmaa,

“Masuk-masuk, ni ada budu nih. Ike goreng, ike sup ado”

Subhanallah.. Masa tu rasa nak menjerit kegembiraan.

Ada nasi.. !





Aku makan dengan penuh kenikmatan malam itu di Kamelpasha, sampai ter TUPOH BUDU!!

Sabar je kak asmaa tengok hehe

Terima kasih tidak terhingga untuk Saadiah dan kak Asmaa dan suaminya sudi menerima kunjungan ku lagi.. (ingatkan semalam yang terakhir).

Masakkan sedap-sedap, kopi panas tersedap selepas kopi Mocha di Tarakli.

Alhamdulillah…!! Muni doakan yang terbaik untuk kak Asmaa, dan keluarga baru tu insyaallah..


Okay, perut pun dah kenyang mata makin mengantuk, kami minta diri untuk pulang awal.. Konon nak kemas barang, padahal tiga-tiga muka ngantuk kan.

Otw pulang, unni buka cerita yang lately ni ramai pelajar Malaysia di luar Negara meninggal, di Perancis, di UK, di Jordan dan paling latest di India..

Allahu, innalillahiwainnailaihirojiun.

Moga ditempatkan dalam kalangan para solihin semuanya, insyaallah.



Saadiah pula buka cerita mengenai “AYN” (evil eyes).

Sebenarnya, di Turki sendiri pun mereka percaya mengenai evil eyes tersebut, dan juga negara Arab terutamanya. Perkara ini memang betul-betul berlaku..

Banyak yang Saadiah cerita sebenarnya, tetapi untuk dikongsi di sini agak “sensitive”. Yang membuatkan aku terkedu ialah, Saadiah sendiri syak dia terkena evil eyes semasa melancong di India beberapa tahun dahulu.

Sebenarnya, evil eyes ni berlaku sangat senang.

Sebagai contoh, si A upload gambar kemewahan, kesenangan, kegembiraan dia, dan si B tengok gambar tersebut. Si B ialah seorang yang kurang mewah, kurang senang, kurang gembira dengan kehidupan dia. Bila si B tengok gambar si A, akan timbul perasaan kurang enak dalam hati si B, maka masa inilah evil eyes muncul.

Si B: bestnya. Untunglaaaa kaya, cantik..

Dan bermacam-macam lagi dalam hati si B. Berlaku secara automatic, bukan atas kemahuan si B.. tetapi syaitan yang memainkan peranan.

Bila mana evil eyes ni terkena kepada si A, maka perkara-perkara yang tidak elok MUNGKIN akan berlaku kepada si A. (Waallahuallam).

Boleh baca di sini untuk pemahaman yang lebih;



Apa yang Saadiah pesan ialah:

Selalu istighfar, selalu lazimi Mathurat pagi dan petang, selalu betulkan niat kenapa kita upload gambar untuk tatapan umum. Hanya kita yang mengetahui sebab dalam hati kita.

Kadang-kadang, bukan semua kegembiraan kita ialah kegembiraan kepada orang lain, dan bukan semua kedukaan kita ialah kedukaan bagi orang lain..


Dan paling penting, untuk elakkan evil eyes ini, lazimi sebut nama Allah bilamana kita memberi pujian mahupun kritikan kepada sesuatu.. 


Semoga bermanfaat.

Doakan perjalanan kami selamat dan diberkati.



29 Januari 2016
Kamelpasha, SAKARYA



Jejak al Fateh : Hadiah darimu kepadaku



Assalamualaikum wbt.


Pertama-tama sekali, untuk pembaca sekalian yang dikasihi, tiba-tiba rasa nak minta sedikit hadiah daripada kalian..

Sudikah kalian mendoakan agar perjalananku di bumi Fateh ini dalam keadaan selamat dan dipermudahkan Allah, dan semoga berakhir dengan sesuatu ilmu yang berharga untuk ummat juga insyaallah.?

Sudikah kalian mendoakan agar jejak langkah ku di bumi Fateh ini mendapat berkah sesuai dengan berkahnya tanah subur Turki ini.?

Sudikah kalian mendoakan agar kesihatan dan kesenangan semasa dalam perjalananku ini.?

Sudikah kalian mendoakan agar niatku untuk melancong bukan untuk menunjuk-nunjuk malah tiada sedikit niat sekalipun untuk mengatakan bahawasanya aku lebih sempurna/hebat daripada kalian.?

Sudikah kalian berbuat demikian.?

Jazakallahu kheir khatiran.

Moga Allah melimpahkan kerahmatan yang berpanjangan kepada kalian yang sudi mendoakan yang baik-baik semasa keberadaanku di sini.



Nota: Hanya kepadaNya mengharapkan yang terbaik.

28 Januari 2016

Sakarya