Monday, February 22, 2016

Sayonara Hanguk- Episod 2

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum wbt.


Sayonara Hanguk episod 2, aku nak kongsi kisah mengenai mereka. Bukan tempat, bukan makanan tetapi mengenai ragam dan peel orang.

Siapakah.?

Cerita nya bermula dari tahun 2010, Mei 2010.

Cemara, Seksyen 18, Shah Alam.

Di sini, detik aku mengenali wajah mereka satu persatu, sorang demi sorang. Bukan mudah nak kenal dan rapat dengan mereka. Sepanjang aku berada di Intec Shah Alam selama 9 bulan, hujung-hujung nak fly baru lah boleh duduk sekali, duduk bersembang gelak ketawa masing-masing. Aku sendiri belum kenal kesemua mereka selama 9 bulan itu.

9 bulan Intec,

Kami semua berjaya fly ke Korea Selatan tanggal 24 Februari 2011.

Maka, cerita diteruskan selama 5 tahun pelayaran di bumi Korea, semakin hari semakin mengenali kerenah, peel dan perangai masing-masing. Dari tak kenal langsung, kenal. Ingat nama, ingat birthday, ingat kesukaan mereka.

Rupa-rupanya pelayaran ini akan berakhir menuju ke destinasi awalku.

Untuk mereka, terlalu banyak kenangan-kenangan kita.
Manis, pahit, masam.


Dari bercerita "pillow talk" mengenai Kpop, mengenai drama Melayu, dan benda-benda lagha kepada "pillow talk" mengenai tarbiyyah, mengenai adik-adik, mengenai kepincangan umat.


Mereka yang selalu dan akan selalu di hatiku.

Itulah mereka.

Itulah kita.

Itulah kami.

Itulah #gyAs.


logo gyAs
=)

#gyAs yang membawa maksud besar, maksud yang memberi 1001 makna kepada kami.

#gyAs = girl yang Allah sayang.

Ditakdirkan Allah, batch11 mempunyai 44 orang sahaja, dan 10 orang perempuan Muslimah sahaja.

10 orang inilah, yang beraksi di hari sukan PPMK, 5 tahun berturut-turut.

10 orang inilah yang menjadi player netball, volleyball dalam masa yang sama.

10 orang inilah yang memeriahkan program-program persatuan di Korea.

Dan, alhamdulillah.

10 orang inilah yang sama-sama datang, dan sama-sama graduasi tahun ini.

Alhamdulillah.

Tahniah.!

Kita bawa nama #gyAs dari tahun 2011, dan kita akan terus bawa nama ini sampai bila-bila kan.?

Selamat bergraduasi #gyAs dan selamat maju jaya dalam kehidupan-kehidupan selepas ini.


Filah, Syida, Nawal, Amal, Aimi, Ayu, Milah, Ummu, Ezaty.

2010 sampai bila-bila insyaallah..

Kalau ter rindu, buka blog ni eh :P

2011

2013


2013


2014

2015


Mohon ampun salah silap sepanjang pelayaran ini, diri ini tidak sesempurna untuk kalian.
Terlalu banyak ruang dan lompong dalam sisi peribadiku, aku bukanlah yang menepati expectation kalian, tapi sungguh aku sangat sangat menyanyangi kalian.

Terima kasih #gyAs semua. Aku sayang kan setiap seorang daripada kalian.

Doakan untukku dan doakan untuk kami!

Semoga bermanfaat.!

Tuesday, February 16, 2016

Sayonara Hanguk Episod 1

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum wbt.

Seminggu lepas balik dari Turki, allahu penat dan sangat-sangat hectic, tambah jetlag.
Seriously, tak boleh tidur normal macam biasa. Around 3 atau 4 pagi waktu Korea baru tertidur, lepas tu bangun Subuh tak boleh lelap, around 7 pagi baru boleh tidur T____T

So, hari-hari bermula pada waktu petang, macam waktu Turki.

Sepenat travel di Turki, aku masih mampu tulis dan update blog, tapi bila sampai di Korea, aku kurang mampu. Patut kena istiqamah patutnya.

Jadinya, sempenan tengah mengemas barang-barang nak pindah asrama, dan sebelum kesibukan melanda, nak coretkan sedikit di sini.

Okay, sempena kepulangan ku ke Tanah Air bulan 3 nanti, aku akan kongsi kenangan-kenangan manis pahit di Korea dengan hashtag #sayonarahanguk.

Sayonara ialah bahasa Jepun yang bermaksud Bye-bye, selamat tinggal.
Hanguk ialah bahasa Korea bermaksud Korea Selatan, Korea.

Selamat tinggal Korea Selatan.


Benda yang paling paling akan dirindui ialah makanan Korea.!

Unni kat Malaysia siap pesan, makan banyak-banyak makanan Korea, balik Malaysia tengok je lah harga..

Sekarang, setiap kali keluar macam pelancong dah, bawa kamera snap situ sini, buat kenangan.

Kenangan terindah..

Salah satu makanan paling akan dirindui ialah Sushi (padahal sushi makanan Jepun), tapi sushi kat Korea boleh tahan sedap dan harga berpatutan.


sushi buffet


Mint Mocha ediya 

Sebenarnya terlalu banyak yang Korea ajar kepada diri ini.

Nak cerita satu satu pun susah, dari tak kenal apa-apa kepada kenal sesuatu.

Dari kelabu asap jadi berwarna bukan kelabu dah (insyaallah..)

Aku jumpa sebuah persahabatan ikhlas dengan akhawat semua, sayang semua lillahi ta'ala daripada kakak-kakak sampai kepada adik-adik.

Aku jumpa sebuah kehidupan yang begitu indah..

Cinta kepada akhawat, cinta kepada tarbiyyah di Korea semuanya ditakdirkanNya di Korea.

Dalam saat aku mengejar segulung ijazah, tidak tersangka-sangka terjumpa sebuah tarbiyyah.
Di mana dalam sebuah tarbiyyah itu, terjumpa pula kakak-kakak, sahabat-sahabat, adik-adik yang menemani kehidupan di Korea. Kehidupan di luar negara sama ada kita terjumpa tarbiyyah, atau sebaliknya mencorakkan kehidupan yang sangat-sangat berbeza.

Cinta hati sahaja tidak terjumpa di Korea..

Mungkin takdirNya di tempat lain.




Friday, February 12, 2016

Jejak al Fateh: Taksim Square & Galata Tower



Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt.


Semalam pergi Myeongdong terus teringat kenangan berada di Taksim semasa berada di Turki. Sesiapa yang rasa berada di Myeongdong dah macam sesak dan ramai, anda salah. Di Taksim, allahu.. Nampak lautan manusia sahaja, bak kata Medina, Padang Mahsyar mungkin macam ni agaknya.

Berlipat kali ganda ramainya lautan manusia di Taksim ini. 

Taksim ni terletak di Istanbul sebelah Eropah dan salah satu tourist attraction sebab ada tram yang sangat unik, tram pada zaman khalifah Uthmaniyyah masih dijaga dan digunakan sebagai tarikan pelancong di Taksim. 

Tram akan melalui tengah-tengah celahan manusia di Taksim ini dan bergerak tidak begitu pantas dan tidak juga begitu cepat. 

Unni dan Medina pesan, nak tengok gelagat dan nak tengok ragam orang Turki moden di Istanbul di sini lah. Di sini, semua ada dijual. International brand semua ada, brand yang mahal semua nya di sini. Dari kasut, kosmetik, kopi, baju dan semuanya.


































cutie pie Turkish 









 Kami berjalan hampir sampai ke hujung, aku rasa dalam 2km juga kami jalan sahaja sebab jalan tiada penghujung. Jalan jalan dan jalan. Kadang-kadang seronok tengok gelagat orang Turki versi moden. 

Dan dari Taksim ini kami ke Galata Tower berjalan kaki juga. Yang best di Turki ialah, bila mana azan dilaungkan, mereka akan menghentikan muzik dan hormat azan. Perniagaan masih dijalankan seperti biasa, cuma muzik dan hiburan dihentikan. Yang kedengaran hanyalah laungan azan untuk menyeru manusia menunaikan kewajipan kepada Yang Esa. 

Sambil kedengaran azan Maghrib di Taksim, kami meneruskan perjalanan ke Galata Tower.
Sesampai di Galata Tower, subhanallah sangat cantik di malam hari..

Galata Tower menyimpan seribu satu sejarah sendiri berkaitan dengan kerajaan Turki Uthmaniyyah.

Fungsi utama Galata Tower ini pada awalnya ialah sebagai pemberi maklumat dan informasi mengenai kebakaran. 

Tetapi yang paling penting, sejarah yang pertama kali aku tahu mengenai Galata Tower ini ialah mengenai Manusia Pertama yang Mampu Terbang berasal dari Turki dan ialah seorang Muslim bernama Hazerfen Ahmed Chalabi.

Hazerfen Ahmed Chalabi yang tinggal di Istanbul selama pemerintahan Uthmaniyyah di abad ke-17 adalah penerbang pertama yang mampu terbang dengan sayapnya. Abad ke-10, terinspirasi oleh Leonardo Da Vinci dan sarjana Turki Ismail. Pelbagai usaha telah dilakukan Hazerfen sebelum penerbangan dengan mengenakan sayap helang di kedua sisi papan untuk memeriksa angin. 
Akhirnya dia berhasil naik ke menara Galata pada tahun 1638 dengan bantuan angin sendiri. Ia juga berhasil menyeberangi Bosphorus dan mendarat di Üsküdar sisi Anatolia. 
Sejarah baru mengenai Turki yang aku baru tahu.. Terima kasih unni atas info tersebut. Info aku dapat ini selepas google mengenai beliau.





 Sambil leka menikmati keindahan malam di Galata Tower, sambil leka merakam segala memori di Galata Tower, rupa-rupanya suatu perkara yang mengejutkan kami terjadi.
Hal ini disedari selepas unni bagi hint yang tempat kami mengambil gambar tersebut, tempat lepak muda-mudi, atau dengan kata lainnya, tempat mabuk muda mudi. Wallahi, aku tak terperasan langsung di hadapan tempat kami berdiri ialah tempat pub, tempat minum arak dan segala macam lagi.
Barulah ku perasan, muka Medina berubah dan sedih. Riak muka dia sanga sedih melihat bangsa dia mabuk dan telan air syaitan tersebut.
“Orang Turki ke ni.?”
“Ye”
“Islam ke?”
“99% Turki ialah Islam”
Jadi, dihadapan ku ini ialah orang Islam yang galak meminum air syaitan, di hadapan Galata Tower.
Terus kami ber-4 tiada mood untuk berlama-lamaan di sana, terus kami ambil keputusan pulang tanpa menaiki Tower.
Sedih.
Kalau di Korea, aku dihidangkan dengan keasyikan kafir meminum air syaitan di sana sini, aku faham. Mereka bukan Islam.
Tetapi bila mana melihat sendiri, keasyikan cucu cicit al Fateh meminum arak, membuatkan hati ini pedih dan perit.
Melihat mata mereka yang bukan lagi menggambarkan apa yang aku bayangkan, aku sedih.
Lama kami ber-4 diam, kami tahu Medina sedih.
Beberapa lama kemudian barulah kami bertanya Medina.
“Mereka tahu ke tak yang arak itu diharamkan dalam Islam.?”
“Mestila tahu..”
“Tapi kenapa mereka minum..walaupun mereka itu Islam.?”
“Mereka rasa yang benda itu tidak salah, dan apa yang selalu dikatakan mereka bila nak buat sesuatu yang diharamkan dalam ISLAM..mereka akan berkata dengan senangnya,
May Allah forgive us….”


Di celahan inilah, mereka bersuka ria dengan arak







ISLAM hanya pada NAMA, bukan pada AMALAN.
Sampai bila kita hanya akan mengenang kisah-kisah hebat tokoh terdahulu sedangkan kita.?
Sampai bila kita nak terus hidup dalam sejarah.?
Galata Tower, Istanbul 
1 Februari 2016

Travel BAJET ke TURKI

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum wbt.


Walaupun belum setel diari #jejakalfateh, aku nak "conclude"kan travelog ni dalam satu entri sahaja mengenai itinerari dan bajetku  sendiri..

Pengembaraan jejak al Fateh ini sebenarnya terinspirasi daripada kehebatan Sultan Muhammad al Fateh sendiri dalam beliau menakluki Konstantinopel.

Aku takde bajet spesifik, berapa simpan untuk gi travel atau strict tak makan untuk kumpul duit.

Sungguh, rezeki Allah kurniakan dalam pelbagai bentuk alhamdulillah.

Daripada kecil-kecilan jual tudung di Korea, dan jadi tour guide, aku gunakan untuk pergi ke Turki.

Kembara ke Turki bermula dari 24 Januari 2016 sehingga 7 Februari 2016.

Total hari 15 hari.

Memang impianku untuk mengembara di sekitar Turki, bukan di Istanbul sahaja.
Niat di hati nak jelajah satu Turki, tapi rupanya Turki sangat besar subhanallah.

Bak kata unni, jatuh WAJIB datang lagi atau belajar kat sini (amboiii amboiii)

So, overall trip aku kali ini ialah di sekitar

Sakarya(nama baru untuk Adapazari)--> Istanbul--> Bursa---> Cappadocia



Pertama sekali, jika nak pergi ke sesuatu tempat baru yakni travel, sila study map negara tersebut.

Macam aku, aku letak pergantungan dekat unni semuanya, walhal unni baru bermastautin di Turki 4 bulan sahaja. Ended up, kami ambil masa yang lama untuk bincang balik itinerari dan setiap hari itinerari bertukar-tukar... (kan unnii..?) :D

Turkey sangat besar.

1. Istanbul- Adapazari/Sakarya


Kenapa Sakarya.?

Sebab unni tinggal di sana, dan di Sakarya sendiri banyak tempat-tempat menarik.
Tempat yang natural view. Aku sukakan view yang tak crowded, jadi di Sakarya 5 hari aku habiskan masa di sini. 

Penginapan di asrama unni di Sakarya, berjaya diseludup selama 3 hari dan 2 hari "terpaksa" bayar.


Boleh baca di sini link blog berkenaan tempat-tempat yang sempat aku jejak di Sakarya



http://haneulsonata.blogspot.kr/2016/01/jejak-al-fateh-perpisahan-sementara.html




 2. Sakarya-Istanbul 



Di Istanbul, alhamdulillah boleh dikatakan banyak tempat yang sempat aku jelajahi.

Tempat-tempat yang dilawati sepanjang di Istanbul..

Penginapan di Istanbul selama 5 malam kami ditaja penuh secara percuma oleh kawan unni, dirumahnya 4 malam dan 1 malam terakhir kami bermalam di Homestay milik pelajar Malaysia di Turki.


1. Hagia Sogia

2. Masjid Sultan Ahmet

http://haneulsonata.blogspot.kr/2016/01/jejak-al-fateh-tangisan-rindu-di.html

3. Grand Bazaar

4. Makam Abu Ayyub al-Ansari

http://haneulsonata.blogspot.kr/2016/02/jejak-al-fateh-assalamualaikum-eyyub.html

5. Masjid Fatih dan Makam Sultan Muhammad al Fatih

6. Taksim Square

http://haneulsonata.blogspot.kr/2016/02/jejak-al-fateh-taksim-square-galata.html

7. Galata Tower

8. Bosphorus Sea Cruise

9. Topkapi Palace

http://haneulsonata.blogspot.kr/2016/02/jejak-al-fateh-topkapi-palace.html

10. Dolmabache Palace



3. Istanbul- Bursa


Bursa, pusat pemerintahan Kerajaan Uthmaniyyah pada abad ke 13 oleh Orhan Gazi, anak kepada pengasas Turki Uthmaniyyah, Osman Gazi. 


Dari Istanbul ke Bursa, kami menaiki bas berharga 34Tl.

Di Bursa, kami bermalam di Yalova, kawan unni secara percuma. 



4. Bursa- Nevshehir (Goreme, Kapadokya)


Seterusnya, dari Bursa kami meneruskan perjalanan ke Goreme pulak. Goreme ialah daerah di Nevshehir, di mana letaknya Cappadocia.

Seriusly, di Cappadocia perlu 2 hari untuk fully travel di sana. Cappadocia agak besar sebenarnya,1 hari tak sempat gi mana-mana pun.

Dari Bursa ke Nevshehir, kami menaiki bas harga 55TL.

Baca di sini mengenai Cappadocia;

http://haneulsonata.blogspot.kr/2016/02/jejak-al-fateh-manisnya-ukhuwwah-di.html




5. Nevshehir-Istanbul


Perjalanan terakhir dari Nevshehir ke Istanbul.
Tiada penginapan di sini sebab kami bermalam di dalam bas selama 2 malam. 
Sakit pinggang sakit badan semua lah.

Harga bas, 60TL.

Ditambah pula, terus naik flight pulang ke Korea..(pengsan 1 hari)





Keseluruhan bajet selama 15 hari di Turki termasuk fligt dari Korea ke Turki, perbelanjaan termasuk souvenirs untuk family, kawan-kawan, makan minum, sempat belanja unni jugak..(hehehe kan unni..)


Return flight Korea-Turki= 800,000won/ RM2700

Perbelanjaan = 600,000won/ RM2100

Total= 1,400,000won / RM4,800


P/S: Sebenarnya, ada lagi lebihan yang ditukar 600k won tersebut yang dah ditukar ke duit Turki.


Semoga membantu dan bermanfaat.

Incheon, Korea

12 Februari 2016

Wednesday, February 10, 2016

Jejak al Fateh: Manisnya Ukhuwwah di Cappadocia



Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt.

Masuk hari ke-12 & 13 di negara Turki, lokasi pengembaraan terakhir ku ialah di Cappadocia atau ejaan Turki ialah Kapadokya. 

Perjalanan 11 jam dari Bursa ke Kapadokya memang sangat memenatkan dan menguji fizikal. Kami bertolak jam 10 malam dari Bursa dan sampai di Neveshehir jam 9 pagi.. Allahu sangat penat ditambah tidur dalam bas memang perit.. Sesampai sahaja di kawasan Kapadokya, terus penat ngantuk hilang. Melihatkan keindahan ciptaan yang Maha Esa. Subhanaallah tabarakallahu ahsanul khaliqin.. 

Sangat sangat cantik.
Terasa berada di kawasan lain, melihatkan peninggalan sejarah di Kapadokya.

Dari terminal bas Nevshehir kami mengambil bas lagi untuk ke Goreme. Di Goreme inilah port hot air balloon yang popular itu. Kami tak ambil sebarang tour sebab bajet lari. huhu
Sepatutnya di Kapadokya, pelancong disarankan untuk mengambil mana-mana tour untuk round area setempat. Kapadokya memang sangat luas dan besar, penuh dengan sejarah dahulu kala. 

Kami hanya mahu mengambil gambar kenang-kenangan di tempat cantik hot air balloon sahaja. Tapi sayangnya, bukan rezeki ku.. Hot air balloon dibatalkan disebabkan cuaca yang sangat berangin.. Allahu mungkin next time.? 

Jadi kami hanya jalan-jalan di Kawasan Goreme. Di Goreme sendiri, kami berjalan mengikut langkah kaki sahaja. Tiada tour guide mahupun unni tidak pernah ke Kapadokya.
Kami ambil keputusan round area Goreme sendiri-sendiri sahaja, melihat pemandangan dan merapatkan ukhuwwah.. Gituu..

Memandangkan Kapadokya ialah destinasi terakhir, ditambah kepenatan menaiki bas berjam-jam, kami menghabiskan masa bersembang-sembang sambil berjalan ke arah tempat cantik di Goreme. Tetapi, masa sangat mencemburui kami. Especially aku dan unni.

Masih banyak tak terungkap, masih banyak tak tercerita dek kerana "something"...

Bagiku, (ditambah pendapat unni dan Saadia), cukup sekali datang ke Cappadocia.
Lebih dari sekali confirm tak best.

Cappadocia ni ibaratnya kita menjejakkan kaki ke tempat baru, satu dunia baru yang sangat berbeza.
Subhanallah...Alam semulajadi ciptaan Allah yang menjadikan stuktur bangunan gua ini berbeza-beza. Sempat tengok beberapa gambar semasa berbincang untuk mengambil tour ataupun tidak, Cappadocia ialah bekas tinggalan Kristian, masih tertinggal kesan-kesan gereja yang digali dan dikorek beratus-ratus tahun terdahulu.

Sambil berjalan-jalan, terjumpa unta Turki.. hehe suka sangat Saadia sebab dia nak sangat naik unta..
Tercapai juga impian dia.

Siapa yang ada masa dan BAJET lebih, amat-amat disarankan ambil tour untuk mengelilingi dan mendengar sedikit pengisian mengenai tempat tersebut.

 Terserempak dengan sekumpulan students daripada Indonesia, mereka juga belajar di Turki.
Sempat berborak-borak dan berkongsi pengalaman.

Mereka juga seperti kami, tiada bajet yang cukup untuk travel guide, so jalan sendiri-sendiri.

Secara jujurnya, banyak masa dihabiskan dengan duk "saje-saje" di Goreme ni..

Salah timing, salah bajet (sebab tak google pasal tour)..

Tapi, subhanaallah.

Dalam banyak-banyak kesalahan itu, kami bertiga sangat puas hati dengan perjalanan #jejakalfateh. Yang paling penting ialah, keselematan sepanjang perjalanan, kesihatan dan ketenangan emosi.

Allahu, alhamdulillah..

Kami menamatkan perjalanan destinasi terakhir ini jam 8 malam dan menaiki bas pulang ke Istanbul.
Lagi 11 jam >____<




































Cappadocia, Nevshehir
Turkey
6 Februari 2016