Sunday, February 7, 2016

Jejak al Fateh: Jejak Uthmaniyyah di Bursa Turki



Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum wbt.

Hari ke-10 dan seterusnya sangat mencabar dan baru rasa seperti "traveller" betul2. 

Kami meneruskan perjalanan dari Istanbul ke Bursa, dan seterusnya ke Yaloza.
















Romantis breakfast di Bursa

 Semasa zaman pemerintahan Sultan Muhammad al Fateh, pusat pemerintahan ialah di Edirne, berpindah ke Bursa sebelum baginda menakluki Istanbul. Jadi, di Bursa sangat banyak sejarah tinggalan Kerajaan Uthmaniyyah.
Antara yang sempat kami lawati ialah di Tophane, Bursa. 

Makam Osman Gazi, pengasas Empayar Uthmaniyyah, dan makam Orhan Gazi, Sultan ke-2 Uthmaniyyah. Masyaallah, tak sangka dapat sedekahkan al Fatihah di depan-depan ahli syurga ini, dan dapat lihat sendiri dan dapat rasai sendiri jejak uthmaniyyah di Bursa. 

Yang paling menarik perhatianku semasa di dalam makan Osman Gazi, ialah ada satu lembaran kertas, yakni ada potongan ayat Quran.. yang dipetik daripada surah al-Fath.

Inna Fatahna lakafathammubina..









al Fatihah




 Seterusnya, kami dibawa pula oleh Fatma( kawan Turki unni) ke Ulu Camii (Masji Tertua di Turki), dibina tahun 1339. Subhanallah, yakni sebelum pembukaan Konstantinopel lagi.

Yang menarik perhatianku ialah, masjid ini walaupun agak usuh dan kelihatan lama daripada luar, tetapi senibina dan rekaan di dalam sangat menakjubkan, superb masyaallah. Lain daripada yang lain. 
Lain daripada Masjid Biru Istanbul, rekaan yang original semenjak dari zaman Uthmaniyyah. 
Jika di Masjid Biru, aku rasa terlalu ramai pelancong (non-Muslim) di dalam masjid, mengambil gambar video dan sebagainya. Tetapi lain di Ulu Camii, ramai hambaNya daripada pelusuk Turki datang memakmurkan masjid ini, ruang dalam masjid yang santai dan menenangkan. Fatma, memberitahu di masjid ini tidak pernah tidak ramai orang. Semasa azan fardhu berkumandang, manusia berkerumun menunaikan solat fardhu di sini. Allahu.. Kebetulan, masa kami sampai ialah waktu Zohor, jadi aku dapat saksikan sendiri dengan mataku umat Nabi Muhammad dan cucu cicit Uthmaniyyah menunaikan kewajipan kepadaNya.

Kami mengambil masa agak lama di sini, meninjau ke setiap bucu dan ruang masjid ini. Rasa sangat sayang untuk tinggalkan masjid ini. Mungkin kerana rasa sayang akan masjid ini, aku tertinggal jam tanganku di tempat ambil wudhu masjid.. Moga menjadi wakaf kepada masjid insyaallah. 





















 Seterusnya, Fatma membawa kami berjalan-jalan di sekitar Bursa. Kata Fatma, Bursa ialah syurga sutera dan hijab.. hehe tapi sayang, tudung bawal orang Turki kecil (bidang 40) dan shawl mereka tidak mengena di hati.

Tambah Fatma, disebabkan Bursa ialah peninggalan Uthmaniyyah, kawasan di sini agak Islamik berbanding tempat-tempat lain.

Aku akui kata Fatma. Keadaan di Bursa sangat tenang, tidak ramai yang merokok, hampir kesemua memakai hijab dan berpakaian elok. 

Entah lah, lain perasaan berada di Bursa bila dibandingkan dengan Istanbul. Istanbul terlalu "crowded" sesak dan macam Seoul. Senang cerita, Bursa sesuai untuk tinggal dan menetap bersama-sama keluarga. 








front and back 

 Akhir sekali, kami balik semula ke bas terminal dan sempat singgah IKEA Bursa untuk isi perut sebelum bertolak ke Yalova. Fatma menjemput kami bertiga menginap di rumahnya di Yalova, lebih kurang 1 jam menaiki bas.



Semoga bermanfaat.

Istanbul-Yalova-Bursa
4 Februari 2016

No comments:

Post a Comment