Monday, February 8, 2016

Jejak al Fateh: 11 Makanan untuk Melayu di Turki


Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt..


Masa entri ni ditulis, aku dah selamat sampai di Korea, selamat berada di asrama. alhamdulillah.

Walhal ada 1 tempat lagi tak cover, Cappadocia tapi sebab teringat-ingat makanan sedap di Turki, kita tulis pasal makanan dulu lah.. 

Sepanjang 14 hari aku di sana, aku memang letak dalam kepala dan bagitahu unni awal-awal nak makan semua makanan Turki.. Masuk hari ke-4 rasanya, pening sokmo makan roti keju roti keju.. hehee sempat demam 1 hari sebab rindu nak makan nasi huhu (Sabar je unni tengok perangai ku..)

Sampai di Istanbul, obses ku terhadap nasi semakin berkurangan sebab dah terjumpa selera makanan ala-ala timur di Istanbul.!!

Walaupun boleh dikatakan 70% kitorang makan FREE di rumah family baru (rumah Kak Asmaa, rumah Medina & Fatma), tetapi sempat juga try makanan lain di luar. 

Jadi, aku akan kongsikan rahsia hilang selera terhadap nasi dan jatuh cinta terhadap makanan lain di Turki..


1. Ughur Restaurant di Yusufpasa Istanbul

Sah-sah bukan makanan Turki..

Percaya atau tidak, kitorang repeat makan di sini 3 kali berturut-turut...

Cara ke restoran: Naik tram ke Yusufpasa, kedai sebelah kanan lepas keluar tram. Lintas jalan, ke kanan, jalan sampai ke hujung jalan. Then, jumpa!!

Harga : 14TL/person






2. Yemen Restaurant di Yusufpasa

Okay, kat sini baru lah nasi..



Masyallah, hilang kerinduan nasi dan sedap dan harga sangat-sangat berpatutan.

Kitorang berempat order untuk 4 orang, sepatutnya kena order untuk 2 orang sahaja.!!
Allahu, tak habis makan, jadi kami minta take out sayang nasi kan..

Kami(Malaysian 2 orang), 1 Morocco, 1 Turkish, 1 Indian bagi 5 bintang untuk restoran ni.



Cara ke restoran: Naik tram ke Yusufpasa. Lepas exit, ke kanan, lintas jalan straight sahaja. 
Nampak kedai di atas bukit-bukit sikit.. 

Harga: 13TL/person

3. Kebab Ikan di Bosphorus

Haa.. yang ni kebab biasa plus ditambah ikan.
Boleh untuk cuba, tak kenyang sangat hehe




Cara ke tempat: Naik tram ke Eminonu. Otw ke tempat feri, nampak berderet-deret kedai kebab ikan ni..Selamat mencuba!

Harga: 8TL


4. Kumpir di Ortakoy

Masyaallah, kumpir ni ala-ala makanan western dan lain dari yang lain.





Kumpir ialah kentang yang sangat besar dan lembut, boleh pilih nak letak sidedish apa dalam kentang tersebut. WAJIB cuba!! 

Harga: 15TL.. Untuk kita yang perut Melayu ni, 1 biji kumpir boleh makan untuk 2,3,4 orang taw.. Jangan tamak :)


5. Iskandar Kebap

Kalau tak cuba di Kebab di Turki tak sah, walhal Kebab di Korea berkali ganda lagi sedap..
Di Turki, yang paling popular ialah Iskundur Kebab.
Aku cuba 2 kali, pertama di Sakarya dan kedua di Bursa.
Yang sedap di Sakarya..


Walaupun brand sama, tetapi menu dan harga berlainana..
Di Istanbul, tak sempat try kebab pun

Harga: 15TL/meal

6. Nasi Lauk di Tarakli 




Harga: 25TL/meal

Kitorang takkan lupa sebab ni makanan termahal kami makan.. huhu


7. Restoran Malaysia di Fetih, Istanbul

Sesiapa yang kerinduan nak makan masakan Melayu, wajib masukkan dalam list restoran anak Melayu di Istanbul.

Masyallah, terkejut tengok besar macam Pejabat Daerah gayanya.

Jangan expect lebih-lebih, dah nama pun masakan Melayu jauh nun di Istanbul.
Jangan komen lebih-lebih, makan je :P







Cara nak ke restoran: Terletak di kawasan Fetih. Dari Masjid Fetih, jalan straight sampai hujung jalan. Agak jauh kami jalan, dalam 20 minit.

Harga: 15TL/person


8. Korean Restaurant in Cappadocia

Sempat try makanan Korea..huhuh
맛없어요 ㅋㅋ
Kesian Saadia tekak dia tak boleh terima makanan Korea.
Percayalah, makanan Korea sebenar bukan sebegini




9. Kek Postachio di Bosphorus

Sebenarnya, tak nak masuk kedai ni.

Sebab owner dia duk memanggil-manggil siap turunkan harga teh, jadi kami try juga kek dan teh di sini..

Kek kacang ni sedap nyee...

Harga: 11TL



10. Kopi Lazat di Bursa

Sesiapa peminat tegar kopi, wajib cuba mana-mana kopi di Turki.
Sejarah kopi sendiri bermula di Turki kan.?
Sangat lain dengan kopi di Korea mahupun Malaysia.

Yang paling sedap dalam ingatan ialah kopi buatan Kak Asma, dan kopi Mocha di Tarakli, Sakarya =)






 Harga: 7TL/cup


11. Makanan di Cappadocia

Oleh sebab kami sampai agak lewat di Cappadocia, makanya makan pun untuk breakfast dan lunch terus..






Harga: 16TL/person

Kopi di Cappadocia..
Mahal sikit di sini..
8TL untuk Mocha.



12. Breakfast terakhir di Istanbul

Breakfast jam 12 tengahari sebelum flight ku ke Abu dhabi jam 2 petang.
Breakfast ditaja oleh unni..



Okay, itu sahaja makanan dan minuman berbayar yang aku bayar.
Yang lain, semua disediakan oleh tuan rumah alhamdulillah.. Rezeki musafir..

Seterusnya ialah makanan secara percuma ^^



1. Menu  di rumah Medina


nasi di dalam lada merah 

2 tingkat teko Teh
 Breakfast di rumah Medina






Supper di rumah kejiranan


3. Menu di rumah Fatma di Yalova




Dinner


Breakfast





Itu sahaja makanan yang sempat dirakam keenakannya.

Teringat awal-awal sampai di Turki, semua tak boleh telan setiap hari makan roti dan keju.

Makin lama makin lama baru boleh terima dan jatuh cinta.

Bestnya Turki, makanan semua halal..

Dan semasa entri ini ditulis masih makan makanan Turki, sempat sumbat dalam beg makanan favorite unni.. 

Overall, kena duduk lama baru boleh telan semua makanan Turki..

I LOVE TURKIYE.




Semoga bermanfaat.

Jejak al fateh.

Suwon, South Korea
8 Februari 2016

5 comments:

  1. Salam nak tanya. Yang yemen restaurant tu dia dalam2 ke ey?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam. dalam2 cmne ye? dia kat luar sahaja.berhadapan dengan tram yusufpasa sahaja.

      Delete
  2. Salam kak...saya pelajar dari turki...sy dgn kawan dh lama sebenarnya nak pergi korea...nak melancong..tapi x ada guide and x ada info pasal korea...so kalau akak x keberatan boleh x sy nak mintak no whatsapp akak? Kot2 akak tau agent2 tourism yg murah or tourist guide yg boleh akak recommend?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi there. Please check ig seoulwandelust. Sure you can enjoy Seoul like locals do.

      Delete