Sunday, July 10, 2016

Eid Mubarak 1437Hijrah

Assalamualaikum wbt.. 


Taqabballahu minna waminkum, 
Eid Mubarak Minnal Aidil Walfaizin.

Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf zahir dan batin kepada semua readers di HaneulSonata.

Mohon maaf salah silap.

Syawal tahun ini sangat berbeza dengan sebelum-sebelum ini.

Syawal yang memberi nafas baru dan menunjukkan bahawa Dia sentiasa ada, cuma nak atau taknak kita cari Dia.

The Power of Lailatul Qadr,

10 malam terakhir yang begitu menginsafkan buat aku.

Jika sebelum-sebelum ini, 10 malam terakhir dihabiskan untuk kepentingan diri ku sendiri sahaja (doa yang baik-baik untuk diri, masa depanku, jodohku, kerjayaku dsb), 

Tapi Ramadhan kali ini, Allah uji supaya aku tidak lgi pentingkan diri sendiri sahaja..Allah uji untuk dekatkan lagi kepada Dia tapi bukan lah untuk kepentingan aku sahaja.

Semua orang mengimpikan syurga di akhirat kelak, tapi gembirakah kita jika hanya kita yang terpilih untuk ke syurga bukan orang-orang yang kita sayang? 

Begitu lah yang diajar oleh Nya, jika mahu ke syurga, pimpinilah dan ajak sekali semua orang yang tersayang untuk sama-sama ke syurga Firdausi.

Untuk jadi soleh dan solehah adalah hak individu tetapi jika hanya kita yang solehah sekeliling penuh dengan jahiliyyah, gembirakah kita.? 

10 malam terakhir Ramadhan, aku belajar mengenai perkara tersebut, hidup bukanlah untuk kepentingan diri kita sendiri sahaja. Nak jadi baik bukanlah untuk diri kita sendiri sahaja. Nak masuk syurga bukanlah untuk diri kita sahaja. Tetapi untuk semua, bermula dari keluarga kita, orang terdekat, sahabat rakan taulan dan seluruh umat Islam. 

Allah makbulkan di saat saat akhir Ramdhan doa-doa kami, malam ke 29 Dia makbulkan segala doa ku dan doa semua. 

Allahu, 

Ramadhan yang penuh suka duka,
Ramadhan yang penuh erti dan makna,
Ramadhan yang penuh tawa dan tangis, 

Allah, sempatkanlah lagi aku dan keluargaku untuk bertemu Ramadhan.

Rindu untuk mengadu dan menangis di bahumu, Ramadhan.. 



No comments:

Post a Comment