Saturday, August 27, 2016

Tipu Daya Kota


 Assalamualaikum wbt 



Yeyyyyyy.. its weekend!!!
드뎌 주말이다! (screaming loud inside)


First week went so fast as I cant even imagine with.First day was so nerve and yet so exciting. Alhamdulillah, this is a big process learning and it takes quite a lot of time, maybe? 
  
Previous post that explain the way to my career now has been deleted cause it’s quite sensitive. Those who knows please syhhh okay? It feels inappropriate if I keep writing and telling about something blabla at office if I included my office’s name as well as my position now. Kan?*


So, this first week macam biasa lah, sesuaikan diri dengan semua perkara (bosses, officemates, environment, work routines, transportation, housemates, house, and most importantly is 마음)-HATI.


Yang bestnya is, 1 hari sebelum kerja memang tak boleh tidur langsung, setiap jam tersedar, alih2 jam 5 pagi dah bangun siap2. Risau sampai lambat la apa la, padahal working hour jam 9 pagi. Sampai-sampai di building ofis, baru jam 7 pagi. So, ended up duduk di lobi sorang-sorang baca buku!
 
Yelah, from engineering part into something memang tak de kaitan dengan engineering.Tapi, rasa belonging jugak dengan bidang baru ni 


Ok, nak share experience seminggu berada di kota metropolitan ni, berpeluuh jugak nak adapt hidup baru di tempat baru, kota penuh tipu daya ni ahaks 


Yes, memang saya pernah berada di kota juga sebelum ini, kota metropolitan Seoul dan kota bharu (;p), tapi seriously, perasaannya sangat berbeza. Seperti ghuraba’ (terasing) di Negara sendiri, itulah keadaan sekarang. Dimana-mana rasa sangat terasing dan tidak ada sense of belonging.. (maybe time heals kan?) 


Dalam train, walaupun keadaanya sama sebiji seperti dalam train di Seoul, iaitu di mana hampir semua hadap hp, chatting dan sebagainya, bagi saya ianya agak pelik dan janggal.

Rupa-rupanya apa yang saya selalu tengok di Seoul dulu keadaannya juga sama dengan di sini. Semua buat hal masing-masing, hadap fon.. Saya agak ralat untuk keluarkan hp, jadi saya lebih selesa tengok pemandangan di luar sambil berfikir dan berfikir persamaan dan perbezaan sewaktu saya di sana dan semasa di sini.
 Inilah aktiviti saya pagi-pagi setiap hari naik train dan bas ke tempat kerja, jalan kaki sama seperti sewaktu berada di sana. 


Cuma keadaan persekitarannya yang berbeza. Maaf untuk saya perkatakan, di sini saya masih terasa takut dan was-was dan agak ralat untuk bertegur sapa dengan mana-mana strangers. Ada kes yang datang tegur nak tanya jalan dan sebagainya, tapi saya akan mengelak dan berzikir sepenuhnya dalam hati..
Jahat kan?
Saya kadang-kadang terlupa bahawa yang menjaga dan melindungi saya ialah Dia Yang Maha Esa. T___T 





……………………………………………………………………………………….............................................................





Hujung minggu ke-2.. 
Cepatnya masa berlalu.. cepat sangat..rasa macam robot masa weekdays. 


Keluar rumah jam 7.20pagi, dah siap packing lunchbox, naik bas dan train untuk ke ofis, sampai di rumah jam 7.30~8 malam, terus prepare untuk dinner pulak.
Bangun pergi kerja, balik dah gelap, tidur dan repeat untuk 5 hari berturut-turut. 

 Bangun lagi, eh dah wiken! Tapi wiken sini sama macam wiken di Korea dulu, lonely sendirian (:P) 


Masih dalam proses transferring/passing usrah dari KB ke KL. Usrah usrah usrah. Benda nil ah yang mengisi jiwa ku yang kosong dan kesunyian dulu di kota penuh teknologi Korea, sekarang di kota penuh tipu daya KL. 


Jujur ku katakan status sekarang ialah masih dalam keadaan terkejut, “culture shock”. Berpeluh juga first week nak adapt dengan buday keyyyell.

Masuk second week pun masih berpeluh lagi, sukar untuk diucapkan betapa rindunya kepada kampong halaman, rindu nak tengok pokok2 rindu nak dengar bunyi pantai, rindu semuanya. 


Masih juga dalam keadaan terkejut terutamanya dengan umat Islam kita sendiri, masih sedih dan tak tahu bila nak #moveon dari kesedihan melihat masyarakat Melayu Islam memang hanya pada nama semata-mata.

Teringat akan Negara Turki.. Dulu bukan main puji Negara sendiri, walhal lebih kurang sahaja sebenarnya. 

I’m not even perfect Muslim yet, I’m still learning, still in processing of to be one of the best khalifah, one of the best ummat tht our Prophet will recognise. 
Islam.. hanya pada nama.. 


Bila kita solat, tapi kita masih bercakap buruk, mencarut, tidak menjaga mata dan hati, dan sebagainya.

Jadi apa fungsi solat kita.? 


Bila kita tidak pernah MALU untuk tidak solat, sedangkan solat lah perkara pertama akan disoal di akhirat kelak. Sebaik mana pun kita, sepandai mana, secantik mana, sekaya mana kita sekalipun jika perkara pertama pun kita gagal, macam mana Allah nak bagi kita markah bonus? 


Bila kita lebih mengutamakan makanan JASAD, daripada makanan ROHANI.Kita lebih bising, kecoh, viral kes mengenai halal dan haram makanan, atas sebab makanan yang dimakan akan menjadi darah daging kita, kita bersoal jawab mengenai halal haram atas sebab kita mahukan agar jasad kita tidak kelaparan, sedangkan makanan ROHANI kita meronta-ronta untuk diberi suapan.. Makanan ROHANI kita dah lama hancur, di mana solat kita, di mana zikir kita, di mana alunan bacaan quran untuk kita suapkan sebab kita terlalu sibuk membicarakn soal makanan JASAD. 


Allahu Allah..


Kita disibukkan untuk berebut-rebut menjadi siapa yang paling cantik, paling berfesyen, paling bergaya, paling up-to-date menepikan soal aurat. Kita mahu menjadi cantik di mata-mata asing, supaya dilambung dan dipuji. Sedangkan kecantikan itu hanyalah untuk dikongsi dengan yang berhak sahaja. Maka tidak hairan, terlalu banyak terlalu RAMAI yang bercerai kurang dari tempoh 5 tahun. Allahu.

Baca sahaja uia confession, baca sahaja status-status yang dishare kawan-kawan sudah cukup menakutkan..

Perkahwinan bukan lagi menjadi institusi untuk bersama-sama membina Bait Muslim, tetapi menjadi perkara biasa yang boleh dipersendakan.
 

Saya tidak tahu mengenai perkahwinan, ujian dan mehnah di dalam perkahwinan itu, tapi saya percaya dan yakin untuk menjadikan perkahwinan itu perkahwinan yang kekal, dan diberkatiNya, hanya satu sahaja kuncinya, berbalik kepada perkara yang Allah tuntut umatnya dirikan—SOLAT. 

Yakni SOLAT untuk mencegah kemaksiatan, solat untuk memperbaiki diri.

 




View from Kyoto Station, Japan.
Winter break 2014
Next trip,soon :)


 Okay, itu sahaja coretan selama 2 minggu di keyell selama 2 minggu berturut-turut culture shock lagi :p   

Semoga bermanfaat. Jumpa lagi..!