Saturday, September 17, 2016

pelajar oversea itu BOROS.?

Assalamualaikum wbt.


Harini banyak masa nak mengarang sebab cuti, kan.


Kisah kali ni rasa kena proper sikit bahasanya sebab input yang berguna untuk semua, harapnya.

Tajuk macam nak cari gaduh, kan?
Ye lah, tajaan free-free, takde kena bayar lepas habis belajar..
(tengok staf tempat kerja hempas pulas dok bayar PTPTN, saya kena 100 kali bersyukur ni)

Jangan marah na, jom baca dulu

Tapi tajuk ini saya gubahkan sedikit kepada sesi perkongsian kisah sebenar yang dialami saya sendiri. 




Sewaktu saya dihantar belajar ke Korea awal tahun 2011, saya bersyukur sebab sampai-sampai di sana, saya diperkenalkan dengan Persatuan Pelajar di sana, ada kakak-kakak senior yang solehah tolong kami pelajar baharu dari A sampai Z. 

Pada awalnya, saya ingatkan saya tidak mengalami sebarang "culture shock", kawan-kawan ada sentiasa di sisi, senior sentiasa ada kalau perlukan pertolongan dan ada halaqah (usrah) setiap minggu juga untuk pelajar baru di sana. Memang tak sempat nak culture shock pun, dikelilingi biah soleh di Korea, alhamdulillah. (Ada masa nanti, saya akan kongsikan mengenai kenapa di negara Kpop itulah bi'ah pelajar di Korea soleh & solehah)

Tapi, rupa-rupanya "culture shock" saya ialah lebih kepada BRANDING.

Mana taknya, first time pegang duit banyak-banyak dalam hidup. Dahla baru umur 18 tahun, duit dalam bank (padahal duit tajaan) banyak berkepuk.

Anggaran duit perbelanjaan masa itu, lebih kurang rm1800/bulan..Tapi compared to other countries, Korea paling rendah within the living cost. Kalau di Korea, rm1800 ni around 600 ringgit. 

Branding-CULTURE-shock: 

Maksudnya ialah saya gemarkan membeli barang di tempat-tempat dan barangan yang berjenama, berbanding kedai dan barangan biasa. Pada awalnya, saya tidak sedar langsung habit saya ini, tapi lama kelamaan saya perasan dan tidak dapat ubah sebab persekitaran pada masa itu memang gilakan branding. Maksud saya ialah persekitaran Korea tersebut.

Dari bawah sampai ke atas, barangan yang saya pakai mestilah ada brand.

Dari sekecil-kecil brand baju, kasut, beg, dan sebagainya.

Baru second year, tapi dah pakai COACH memang tak kena la kan?

Tak masuk makanan lagi, saya selalu pilih kedai-kedai yang ada "class" dan disebabkan saya coffe-holic haruslah coffee shop yang ada brand di Korea (Toms toms, Cafe Bene, Gongcha, Hollys Cafe, Pascucci Cafe dan banyak lagi)- Brand cafe ni kira macam 'Setabak Coffee' lebih kurang, and the fact is kat Korea, depa tak layan sangat Setabak, sebab Coffee diorang lagi best :)

1. Kasut mestilah ikut trend sana, ada satu kasut New balance yang sangat limited masa tu saya sanggup tunggu dan beli sebab nak ikut gaya dan trend sana.

Keluar kasut Onitsuka tiger, terus beli tak fikir panjang. Kasut Vans berapa biji saya beli.. And the list goes on..

2. Beg memang selalu update, tengok perempuan Korea pakai beg tu cantik, terus cari kat online shopping letak dalam cart. Beg sekolah, beg travel mesti ada jenama, North Face. Boleh kira berapa banyak semua duit dihabiskan.

Elaun masuk terus click click dan tadaa siap.

Di Korea sendiri, online shopping memang sangat efisien,  order harini esok petang terus sampai.

3. Pakaian mestilah berjenama, Uniqlo HnM Zara, Forever 21 . Untuk pelajar tahun pertama pakaian sebegini dikira berjenama lah. Hujung bulan nak masuk elaun mesti tengok website online shopping siap sedia nak beli. 

4. Gajet jangan cerita la, memang Apple maniac. Laptop Macbook, Handphone Iphone la.
Ada ipad dulu masa tengah famous ipad. Ada ipod masa famous ipod.

5. Winter(spring,autumn) coat haruslah ikut musim. Musim spring , autumn, winter memang time saya shopping habis-habis. Suka dengan fesyen sana. Masalahnya, 5 tahun musim berubah, 5 kali lah bertukar jaket/pakaian. Endep up, nak balik bfg sedekah kan semua kepada junior. 

Gaya hidup di Korea memang mempengaruhi saya banyak dari segi branding.
Nasib baik nya ialah tak terpengaruh dengan ke"obses"an mereka dalam plastic surgery. :D


2012~iphone 4s fever in Korea.
Boleh nampak kan semua pakai ip4s, termasuklah yang pakai tudung tu. 




Hidup dikelilingi budak-budak Korea yang hari-hari update branding item sampaikan saya terpengaruh sekali. 

Tapi dalam masa berboros tersebut, memang tak pernah kesuntukan duit, sebab saya buat part timer sebagai tour guide juga. Jangan risau, pelajaran memang saya jaga, pointer memang jaga dan tak pernah dapat GPA teruk. Alhamdulillah 

Ditambah pendapatan jadi tour guide ni, lagi lah over. Dapat duit terus fikir nak beli apa untuk ditunjuk kepada kawan-kawan Korea..

Kalau dikira memang mampu pun sebenarnya, tak kacau duit elaun pun. Kenapa nak risau kan.? Dah kerja penat-penat mestilah nak reward diri sendiri dengan barangan best-best, tapi kalau dah lebih kepada kehendak bukan keperluan, kena fikir balik.


Ada satu status di FB pakar kewangan yang buatkan saya sangat-sangat sentap;

"Ramai orang panik bila dengar-dengar ekonomi Malaysia akan gawat tak lama lagi. Viral terus weih! Forward sana, forward sini.
Tapi ramai orang tak kisah pun dengan ekonomi sendiri yang dah memang gawat sejak bertahun-tahun dulu tu. Haha.
Petanda ekonomi sendiri tengah gawat adalah takda duit simpanan dan bertambah-tambah hutang jahat. Please take note" -HF #harithfaisal 


Okay, berbalik kepada cerita,

Masa itu, jangan harap la nak fikir menyimpan. Satu sen pun tak pernah simpan.

Hari-hari study di Cafe Bene, hari-hari beli kopi mahal. Padahal kopi 3in1 pun boleh je, sebab habit nak kena study tempat mahal, sanggup tu..

Perkara ni berlarutan sampailah saya masuk tahun ketiga universiti, 


Tahun ke-3, saya diberi amanah oleh senior untuk pegang usrah adik-adik yang baru sampai ke Korea. Pada awalnya memang saya tolak atas banyak sebab, tapi lepas fikir masak-masak semua, saya terima juga walaupun berat. Amanah untuk jadi seorang dai'e banyak perkara perlu dikorbankan.

Bila dah pegang usrah, bila dah baca bahan-bahan untuk dibentangkan, banyak perkara saya muhasabah. Tapi, masih boros dalam belanja..T___T 

Tuntutan sebagai dai'e yang menuntut pengorbanan wang dan masa masih belum menyedarkan saya mengenai pentingnya rancang kewangan sebaiknya. 

Sampai lah satu hari, dalam bulan Ramadhan 2014..
Saya perasan duit dalam bank saya hanya ada 5,000won (RM18)sahaja, padahal saya masih ada 1 minggu plus di Korea sebelum pulang beraya di Malaysia.

Masa tu saya memang sangat-sangat malu untuk minta tolong kawan-kawan, saya mula sedar dan menyesal atas segala perlakuan boros saya. Saya sangat-sangat malu sebab saya seorang dai'e kepada adik-adik, tapi saya sendiri boros berbelanja mengikut nafsu, mengikut gaya trending orang sekeliling. Malam tu, saya menangis pertama kali menyesal. Untuk menceritakan kepada family jauh sekali, saya tidak akan sekali-kali menyusahkan mereka mengenai masalah kewangan.

Esoknya, 

Saya dapat mesej dari seorang kakak A, dia berada jauh nun di Busan, dia tanyakan akaun bank saya. Bila saya tanyakan kenapa, dia diamkan sahaja.  Saya turutkan sahaja mungkin dia ada nak minta tolong. 

Malam selepas habis program iftar dengan adik-adik, saya tergerak hati nak check duit dalam bank saya, dan sangat-sangat terkejut bila tengok ada berpuluh2 ribu won (beratus-ratus ringgit) dan bila tengok nama, memang kakak tersebut yang masukkan ke dalam akaun.

Saya call kakak tersebut, dan dia cakap dia sekadar membayar zakat sebab saya masih pelajar. 

Allah.. saya menangis kesyukuran..

Dan dari hari itulah, TURNING POINT  kepada satu kehidupan saya yang baru.

Bermula dari sem kedua tahun ketiga sehingga graduate sebagai pelajar di sana, saya belajar mengenai kehidupan berdisiplin terhadap wang. 

Saya mula dari zero mengenai perancangan wang, kawan-kawan saya mungkin sudah lama menyimpan untuk tabung selepas grad, tapi saya baru bertatih..

Disebabkan saya ni otaknya agak berbisnes, saya mulakan bisnes jual tudung di Korea, saya mulakan pakej travel juga. Melalui dua bisnes sembunyi-sembunyi ni, saya plan dan atur kewangan saya.

Makan memang jaga, shopping branded items tiada lagi. Kalau dahulu duit dari hasil part-timer saya habiskan dengan beli beg branded, kasut branded, minum di coffe shop mahal, makan makanan mahal, selepas tragedi tersebut tidak lagi.

Habis kelas pagi, terus ke market cari fabrik untuk jual tudung. Ada masa lapang, balas mesej pelanggan bertanyakan pakej ke Korea. Ada waktu free lepas kelas pagi, sempat buat kerja ajar mengaji al Quran anak pegawai Embassy. 

Teringat pulak makan nasi segera beli 1 dozen untuk buat bekal, makan dengan serunding atau sardin. Nak jimat. TT

Dapat duit hasil bisnes, saya asingkan dan ikut currecny exchange semasa RM jatuh, saya tukar untuk dapatkan kadar RM yang banyak..
Saya buat simpanan di bank yang memang tak boleh swipe guna kad ( 주택청약종합), setiap bulan akan ditolak dari elaun. Alhamdulillah, duit ini saya namakan sebagai bekal duit bfg.
Disiplinkan diri aliran perbelanjaan setiap minggu.

Disebabkan saya ni suka travel, saya aim masa tu nak pergi Turki lepas habis belajar, jadi saya start simpan duit sikit-sikit. 1 tahun setengah dapat cover semua, hasil duit 3 kerja tersebut. 


Banyak penat jerih saya lalui pada masa tersebut, saki baki setahun lebih untuk saya tebus balik perbelanjaan yang saya boroskan dulu.. Masa tersebut memang masa paling sibuk dalam sejarah saya, sampai junior-junior boleh panggil "akak menteri besar". Sibuk mengalahkan MB kata mereka.. (rindu adik2 skk) :(


Sebab kehidupan selepas grad sangat-sangat menakutkan dan menuntut wang yang banyak. T__T


Alhamdulillah, saya rasa sangat-sangat bersyukur, saya disedarkan dari kelekaan dan kelalaian ketika saya masih bergelar seorang pelajar. Saya tak dapat bayangkan sekiranya, sampai bekerja pun saya masih amalkan perbelanjaan boros, nak ikut trending setempat, biar papa asal bergaya huhu


Setahun setengah antara kesibukan bergelar student final year, dan kesibukan cari duit tabung untuk bfg(back for good), Allah banyak mudahkan rezeki saya.

Terus terang saya katakan, bajet semua travel saya ke Turki (boleh baca di sini: https://haneulsonata.blogspot.my/2016/02/travelog-penuh-ke-turki.html?showComment=1474103985239 ) ialah dari simpanan saya sejak dari kisah turning point tersebut.

Dan saya tak malu untuk mengatakan bahawa, hasil jimat cermat, berkat pengurusan wang hanya setahun setengah saya mampu bawa pulang cash lebih dari lima belas ribu ringgit ke Malaysia.
Plus duit yang memang sedia ada dalam dollar, dan juga cash won. Subhanallah~ let say kalau saya start dari awal, mungkin saya mampu kumpul 4 kali ganda daripada jumlah tersebut. (15*4=60k) wah, boleh buat modal beli rumah terus! 

Sejujurnya, kisah saya ini memang memberi efek kepada saya sampai ke hari ni. Walaupun saya baru sahaja bekerja, dan bulan ini merupakan bulan pertama gaji penuh, saya sampai tak boleh tidur, memikirkan cara untuk saya urus atur kewangan semasa bekerja ni. Hidup dengan gaji sebanyak ini di kota metropolitan hanyalah berstatus miskin di KL, kalau di KB dah boleh hidup mewah.

Bayangkan lah sewa bilik sahaja dah cecah RM450. 1/3 lagi kecil dari bilik saya di kampung. Huhu

Saya godek-godek blog dan follow orang-orang bijak perancangan kewangan supaya kewangan saya juga mampu diurus elok, sekarang nak kongsi memang zero. Kena tunggu 3 bulan gaji dahulu baru boleh tengok macam mana jadinya.

Satu sahaja harapan saya, saya mahu contohi ayah dan mak saya, sangat bijak dalam pengurusan kewangan walau bergaji bukanlah berpuluh ribu, mampu sediakan kami 6 adik beradik harta dan tanah untuk masa depan kami. Sedangkan dia yang bekerja penat lelah, semuanya demi anak-anak dan generasi akan datang. Adat kita, harta yang kita ada sekarang ini, hasil dari mak nenek kita dulu, simpan duit beli tanah untuk diwariskan. Terus sampai ke generasi ayah. Kita.?

Sebab tu, saya juga mahu menyediakan sesuatu untuk anak-anak dan generasi masa depan.

Jadi, permulaannya mestilah dari saya sendiri.

Nasihat saya kepada adik-adik pelajar, belajarlah menyimpan dari zaman anda masih belajar, nescaya bila anda sudah masuk alam pekerjaan, anda tidak akan terpengaruh dengan kemewahan di sekeliling.

Menyimpan di sini, bukanlah bererti ikat perut (tak keluar ke mana-mana, tak makan sedap sebulan sekali, jadi kedekut)..Bukan, tapi dalam konteks berjimat mengikut keperluan sahaja..

Terutama di oversea, dapat cuti memang nak jalan-jalan travel kan, alang-alang dok sana. Yup, saya faham, sebab hobi kita sama. Saya dah travel semua pelusuk Korea sepanjang di sana, 1 kali semasa zaman buta kewangan, dan 1 kali selepas kembali ke pangkal jalan. SANGAT BANYAK BEZANYA.


Menabung, berjimat bukan sahaja amalan yang dititik beratkan dalam Islam, tetapi untuk kesenangan diri sendiri dan generasi kita seterusnya.



p/s: Untuk adik-adik di Korea, saya cabar anda simpan lagi banyak dari saya supaya anda balik boleh terus beli kereta second hand!




rindu musim luruh di Korea.
2013


Pelajar oversea itu Boros?

Ye, saya lah orang itu.. harapnya bukan anda.

Saya lah bekas pelajar yang buta ilmu kewangan, juga bekas pelajar oversea yang BOROS!

Ini kisah saya, semoga menjadi ikhtibar buat semua rakan-rakan, adik-adik terutama di luar negara (saya tak tahu macam mana keadaanya pelajar di dalam negara, jadi saya khaskan untuk luar negara  dahulu).



Kongsikan jika bermanfaat.




10 comments:

  1. Replies
    1. student first year kat uni, masih bnyk lg mase

      Delete
    2. there's no such word "too late". learn it from zero and adapt with it. goodluck

      Delete
  2. saya nk sahut cabaran tu! 😁😁💪🏻💪🏻

    ReplyDelete
  3. I like how this post is about you really experienced. I don't have trouble with wasting money on branded items but I waste money on food T_T and food here in Japan is quite expensive

    This was a good read :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Its the same actually T__T i've friend who also wasted lots of money on food (not too expensive, but everyday eat outside).. u can change ur lifestyle as i did.. set a goal n target after graduating how much u want to save~ all the best!!

      Delete