Tuesday, December 6, 2016

DISKRIMINASI HIJAB DI BUMI KPOP

Assalamualaikum wbt. 



Tak sangka ada hati nak blogging waktu weekdays di malam hari, tapi sebab rasa topik ni paling penting untuk dikongsi, gagahkan juga buka laptop dan mengarang. (Esok flight jam 7 pagi, apa yang penting blogging dulu.......) 

Nak dijadikan cerita, lepas kerja jam 6 petang tadi, jumpa seorang clique office ni nak minta dia ajar something yang ku tak reti.. padahal simple sahaja, berkaitan dengan excel memang ke laut sikit. 




Jadi, masa tengah buat benda excel tu, dia tunjuk 1 video berkaitan seorang wanita Uzbekistan yang muncul dalam 1 program Korea, Hello Counselor(?).. Pertama kali tahu mengenai program tersebut, sambil buat kerja sambil dengar apa dia cakap dan zappppp.... terhenti buat kerja fokus dengar kisah tersebut.. 

p/s: kena tengok video ni dulu tau, baru faham intipati blog saya.. sediakan tisu untuk yang berjiwa tisu;p

https://www.youtube.com/watch?v=vA7CcAvhpoI&feature=share


Tiba-tiba, rasa macam perasaan lain.. 

Apa yang kakak dalam tv tu cakap serius 200% betul!!!! 

SALAH KE PAKAI HIJAB DI KOREA?

Ya, itulah tajuk yang paling sesuai untuk topik ini.. 

Salah ke? 

Anda semua nak tahu tak sepanjang saya duduk bermastautin di Korea 5 tahun 1 bulan setengah, hati ni, jiwa ni memang membuak-buak geram dan sikit perasaan tak puas hati dengan mereka, hari-hari nak balik ke Malaysia. 


Cuba teka siapa punya tulisan tu dapat star terus!
Before I die, I want to......


Ternampak posting Kina Omar di FB dia mengenai realiti dan drama Korea, di mana semuanya betul.. Hanya yang alaminya je faham huhu

Okay berbalik kepada video diskriminasi di Korea tersebut. Saya pun mangsa diskriminasi T__T 
Ada banyak hikmah rupanya.. Baca sampai habis tau


Saya ni, air mata dan Korean berpisah tiada. 

Ditarik tudung, ditarik baju, dipandang slek, di"hina" dan di"biarkan" berkesorangan tu perkara biasa di Korea. 

Terutama musim panas, panas di Korea memang sangat panas, berpeluh, tiada angin. Lain dengan panas kita di sini. 

Soalan wajib akan ditanya samada secara depan-depan atau pun belakang,

"TAK PANAS KE?" 

"ISH BUDAK NI TAK BETUL AGAKNYA, PAKAI TUTUP MACAM NI"

"BOTAK KOT DIA" hahaha (gelak mereka semua)

Ada yang datang depan-depan, kebanyakannya makcik-makcik 

"EH, AWAK DATANG KOREA, TANGGAL LA YANG ATAS KEPALA TU. SERABUT TENGOK. PANAS-PANAS MACAM NI BUAT APA PAKAI"

"TUHAN AWAK TAKDE KAT SINI, TAKPE TANGGALKAN"

Dan banyak lagi yang saya pernah alami, mungkin sebab saya boleh faham hampir 90% percakapan biasa mereka, jadi telinga ni mudah sangat tangkap apa yang mereka bualkan. 

Ada 1 kes yang buatkan saya sangat-sangat terasa dengan Korean ialah, masa musim panas 2015, bulan Ramadhan, saya ingat lagi kes ni berlaku di station berdekatan universiti saya, saya sedang tunggu train nak ke Itaewon rasanya untuk iftar. Pakai baju yang agak tebal sikit (saya pun tak sure kenapa pakai baju tebal), walhal musim panas, dan tudung hitam. Di stesen agak ramai orang sebab rush hour, jadi macam biasa saya ambil tempat menunggu di gerabak paling depan bila tiba-tiba makcik datang dan menjerit sambil pegang baju saya " TENGOK NI SEMUA. BUDAK NI TAK BETUL NI. PAKAI BAJU MACAM MUSIM SEJUK....(dia gelak2) ATAS KEPALA PUN BALUT JUGAK..DARI MANA LA NI..." 

Saya sangat terkejut dan blur sebab mungkin dia ingat saya tak faham apa yang dia cakap, padahal saya faham semua apa dia cakap... Saya sangat terkilan sebab makcik tu buatkan saya jadi bahan pameran di tengah-tengah khalayak ramai, dan hampir saja air mata ni jatuh kat depan tu juga...Tapi saya mampu tahan dan hanya senyap sahaja. Penonton lain hanya mampu pandang dan tengok skrin handphone sahaja. Serius, masa tu hati ni memang tahan sabar dan nak menjerit bagitahu yang saya sangat sangat bencikan KOREA.............


Kes ke-2 yang buatkan saya ada sebab TERBESAR untuk tidak ada kaitan lagi dengan KOREAN ialah hujung bulan ogos 2015, saya ditimpa kemalangan kecil dan kaki kanan saya terseliuh teruk, terpaksa pakai something kat kaki, hampir sebulan lebih terpaksa gunakan tongkat. Masa kejadian ialah musim cuti panas, tapi saya terpaksa hadapi kelas dan sekolah dengan berbaki 2 minggu pakai tongkat sebab masih tak elok sepenuhnya. 



Ni ha something tuu...


Teringat lagi kejadian pakai tongkat dalam kawasan universiti, jalan terhinjut-hinjut dan masa nak pijak tangga tersadung sedikit dan terjatuh. Ditakdirkan tongkat sebelah pun terjatuh ke bawah. Masa tu, ditambah hujan rintik-rintik, ramai je Korean yang pass jalan tersebut, dan nampak (atau buat-buat tak nampak), tapi tiada siapa pun yang hulurkan bantuan at least ambilkan tongkat yang jatuh.. T__T
Saya terpaksa mengengsot untuk ambil tongkat yang jatuh, sampai lah seorang foreigner lain datang dan tolong angkat tongkat dan tanyakan keadaan okay atau tidak untuk jalan. T___T 

Masa tu serius rasa terkilan dengan Korean.... 

Tak masuk lagi dalam kelas, mana ada orang nak satu group dengan foreigners. Mana ada orang nak duduk tepi kecuali dah memang takde seat dalam kelas tu. And the list goes on~

Kes ke-3 yang saya takkan lupa ialah semasa berita mengenai ISIS tersebar luas di media-media Korea. TV, Radio, semuanya berkenaan ISIS, tak ingat mungkin 2015 juga.. Masa tu saya sorang-sorang naik subway, berpakaian jubah hitam.. Naik sahaja train, saya duduk di tempat kosong bersebelahan seorang perempuan muda, mungkin dia agak tak selesa jadi dia bangun dan duduk tempat lain, kemudian lelaki muda jarak 2 seat dari saya pun bangun dan duduk di tempat lain. 
Faham tak masa tu macam mana perasaan saya.? Dan mula terdengar bisikan mengenai ISIS, Islam, TERRORIST........ 막 울고싶었엉 


Dan banyak lagi tak sanggup nak ingat.. :( 


Sampaikan saya macam fobia pun ada, tak nak ada kaitan langsung bila sebut Korea ke Kpop ke apa ke.. Faham tak perasaan yang nampak semuanya gelap dan buruk mengenai Korea.. 
Sampai lah.. waktunya ketika mana hari-hari akhir saya berada di Korea sebelum back for good..Saya rasakan benda-benda pelik terjadi.


Tahu tak masa saya fly back seorang diri back for good Mac lepas, sepanjang dalam flight saya menangis.! Yes, betul.. 

Macam tak percaya, kenapa la aku perlu menangis untuk kenangan-kenangan pahit tersebut?? 
Serius masa flight nak tinggalkan Korea, saya menangis betul (nasib sebelah kosong), sampaikan orang di sebelah sana 2 saat tengok, 3 saat tengok nak pastikan saya okay kot :p


Ada sebabnya kenapa la ha saya menangis macam berpisah nyawa dengan Korea ni..

Sebabnya ialah, 

Di sebalik memori-memori diterjah oleh ahjumma, di tidakpeduli kan oleh classmates, dibiarkan jatuh sorang-sorang kat tangga, dan sebagainya.. 


Di akhir-akhir pelayaran di bumi Korea tersebut, Allah hadirkan sesuatu... 


1. Paling best, dapat group design project yang paling BAIKKKKK. Teaching assistant yang baik, lecturer yang baik, dan group mates yang sangat-sangat sangat memahami foreigner.

2. Hari-hari terakhir nak balik for good, dalam subway ada seorang ahjumma ni berminat sangat dengan hijab, dia interview saya dan very kind. Dia tanya dari A-Z berkenaan hijab T__T

3. Dalam kelas design project, dapat kawan-kawan Korea yang faham mengenai susahnya jadi foreigner kat Korea. 

4. Kehidupan di dongyang ( masa buat diploma 2 tahun), paling best sebab Cikgu Jong.. Moga Allah balas jasa baik dia jaga budak-budak Malaysia yang banyak songeh ni... :)



Teringat satu perbualan dengan groupmates:

1 oppa pernah exchange study di Singapore, 1 unni pernah exchange study di Austria. 

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Semua cakap kalau diberi peluang lagi sekali, diorang tak nak jejak tempat mereka pernah belajar as exchange student. Susah nak adapt tempat orang. 

Sampai turn saya, saya senyap sekejap dan jawab;


"Kalau saya diberi satu lagi peluang, saya pasti akan datang lagi ke Korea. Bila balik nanti, saya akan rindu sangat2 Korea."
Semua terdiam dengan jawapan saya.


Kata mereka,"Tapi awak nampak macam susah hidup di sini, makanan susah, nak bergaul susah. Kenapa awak masih akan rindukan Korea nanti."


Saya terdiam. Saya risau sebenarnya nak jawab hihi

Rupanya dalam banyak-banyak kejadian kena diskriminasi, hati dan jiwa jadi kental, saya jadi makin matang dalam berfikir. Pengalaman-pengalaman teruk tu saya boleh ceritakan, yang sebenarnya macam ni macam tu apa yang ada di Korea yang kita tengok di tv tu jangan percaya sangat... (Serius, saya tak tengok langsung drama Korea , filem, Kpop apa benda selepas berada di sana!) ITS TOOOOOOOOOOO FAKE!!! 

Hakikatnya, memang sangat susah hidup di Korea. Terlalu banyak airmata tumpah di bumi ni. Tapi hanya Tuhan yang tahu betapa hebatnya impak bumi Korea ini kepada diri saya.


Mana mungkin saya tidak rindukan Korea.? Mana mungkin.? 
Sedih gembira suka duka bertemu di sini.Ibarat satu perkampungan kecil,Bila balik ke tanah asal, pasti akan dikenang.


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Antara momen-momen terakhir saya di Korea, barulah Dia hadirkan pelangi untuk saya. 


Ya, betul dulu saya sangat-sangat bencikan Korea. Sangat-sangat,
tapi rupanya saya tak boleh nak padam hakikat Korea ada 1 tempat istimewa dalam memori saya. Huhu

Tiap kali saya pergi semula ke korea samada kerja atau cuti, perasaan tu masih ada cuma tak sama, 

Perasaan bermastautin di sana ialah perasaan penuh dengan suka duka, hiba tawa... 

Banyak sangat kenangan, mana mungkin saya mampu lupa.

Mungkin mampu benci, tapi lama-lama sayang balik... 

Sebiji macam akak tu cakap, walaupun dia mangsa diskriminasi teruk oleh orang Korea, tapi dia akui yang perasaan suka dan sayang Korea memang ada. 

Saya faham perasaan tu..

Hakikatnya, punca kenapa saya diperlakukan sebegitu ialah sebab ada benda atas kepala saya ni, ditambah dengan imej Islam yang dibawa. 

Umum mengetahui (skema spm sungguh) bahawasanya imej Islam di mata dunia, di mata pro-Amerika bukanlah imej yang baik.. Baca paper Korea, hari-hari kisah perang, kisah Isis, kisah Islam ni terrorist dan sebagainya.

Membawa imej berhijab/bertudung di negara minoriti, di negara yang tak tahu langsung Islam sebenar memang macam tu la.. Perit.. perit.. pedih sungguh hati masa tu.. 

Kat negara kita, tak rasa sangat pakai tudung ni sebab kita negara majoriti Islam, tapi kat negara luar kita ni yang bawa panji Islam.. Subhanallah~ 

Moga Allah kurniakan yang terbaik untuk sesiapa yang masih berpegang utuh dengan amanatNya. 

Jagalah Islam, Allah pasti jaga kita.

Banggalah menjadi duta-duta kecil membawa panji Islam walau hakikatnya perit didalam jiwa..

(Selingan tazkirah......)
Sayang dan suka akan suasana Korea, rindu akan makanan Korea, rindu nak kena langgar teruk dalam subway.. (:P)

Haa, sape suruh benci sangat Korea, sebelum mati nak tinggalkan Korea la konon.... 

Jangan benci sangat, nanti rindu dan sayang! :D


Kan best macam ni, ahjumma ye...
Moga-moga di masa akan datang, diskriminasi dapat dikurangkan.
Tingkatkan prestasi.. #visitkorea #eh



p/s: Untuk sesiapa yang tak pernah rasa 차별,tahniah sebab disayangi Korean ^^ Dan untuk yang pernah ada pengalaman macam ni, kita geng nanti buat la blog juga :) 


Semoga bermanfaat!

5&6 Disember 2016
11PM 

4 comments:

  1. Kita geng!!!! Rindu kat bdak lepak bilikku

    ReplyDelete
    Replies
    1. unnniiiiiiiiiiiii..bila lg boleh lepak bilik ni :( 여기 오면 연락해 ㅠㅠ

      Delete
  2. kaksu pon rindu korea. kalau nak pergi korea, only kalau ada muni je. dengan rachael. one day kita plan for holiday ok? kaksu rinduuuuuuuuuuuuuuuuuu muni. sangat! take care muni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu kaksuuuuuuu.. rindu sangat2 trip kita hehehe yes2, plan please weols sudi jadi guide for u!! <3

      Delete